Modal RM300 selepas bersalin Auni Aufiyah jual kek tapak kuda, rezeki 3,000 parcel sehari jadi inspirasi

BAGI yang mengikuti laman sosial TikTok tentunya pernah menyaksikan perkongsian wanita muda ini, Auni Aufiyah See Abdullah, 25.

Mesra membahasakan diri sebagai Auni, content creator TikTok ini sering muncul di For Your Page (FYP) penulis.

Siapa sangka berbekalkan minat dan modal sebanyak RM300, dalam masa tiga tahun suri rumah tangga berasal dari Sabah ini berjaya mengubah nasib diri serta keluarga.

Bermula dengan operasi di dapur sendiri, Kek Tapak Kuda Dapur Azra kini sudah mampu meluaskan pasaran secara offline dan online dengan jumlah 3,089 bungkusan kek mencecah sehari.

Malah perniagaannya itu kini berkembang sebagai pusat sehenti pencuci mulut di 9A, Persiaran Mutiara, Slim River, Perak.

Tiga tahun mengikuti secara maya, penulis rasa bertuah kerana berpeluang menemuramah dan mengajukan sendiri soalan kepada usahawan hebat ini.

Kongsi Auni, segalanya bermula semasa hamil yang mana beliau mengidam untuk memakan kek tapak kuda. Bagaimanapun, kek gulung berinti coklat kacang hazel ketika itu sangat sukar didapati di Perak.

Iklan
Iklan

“Saya berpindah ke Perak selepas berkahwin. Di Sabah, kek tapak kuda menu popular pada hari raya. Dek kerana teringin dan sukar mendapatkannya di Perak, maka saya belajar untuk membuatnya sendiri,” ujar Auni.

Selepas bersalin, beliau menerima tempahan permulaan sebanyak dua biji kek daripada jiran. Hari demi hari, permintaan kek tradisi Sabah itu semakin bertambah sementalah Auni juga mempromosikannya di laman sosial Facebook peribadi.

Baca juga: Eksekutif akaun kini pengusaha bakeri, 9 tahun Norliyana cipta nama Dinda Delights hingga dikenali

Kek keju mangga dan Kuda Mini Triple Baby Crunchy antara yang mendapat sambutan

MODAL RM300 HADIAH DARIPADA SUAMI

Semakin bersemangat, Auni menjadikan wang pemberian suami sempena anniversary pertama sebanyak RM300 sebagai modal untuk membeli bahan-bahan dan sebuah mesin pengadun.

“Menerima komen positif daripada pelanggan, saya mula menjual menerusi TikTok dengan meletakkan link WhatsApp di ruangan bio.

“Ketika itu TikTok Shop tidak membenarkan produk makanan. Selepas betul-betul mendapat kelulusan, pada Disember 2022 Kek Tapak Kuda Dapur Azra rasminya dijual menerusi beg kuning di TikTok Shop,” ujarnya.

Ketika masih beroperasi di rumah.

LAPAN VARIASI

Biarpun tidak memiliki pendidikan formal dalam bidang bakeri, wanita ini gigih mencipta resipi kek tersebut sendiri menerusi eksperimen dan R&D.

“Air tangan ALLAH bagi mungkin menjadikan ia berbeza. Selain kek tapak kuda yang asli, Auni menjual lapan variasi untuk jualan dalam talian iaitu crunchy nutella, nutella peanut, nutella crunchy, matcha crunchy dan nutella banjir,” ujarnya.

Selain kek tapak kuda pelbagai perisa, Auni turut menjual kek keju mangga. Ia baru-baru ini viral seelpas Auni berkongsi rezeki dengan pelanggan dengan meletakkan wang di dalam kek tersebut.

Baca juga: Pereka grafik kini usahawan cenderahati, 14 tahun Dasheela terajui Dweet

PERANCANGAN

Melihat masa depan perniagaan yang cerah, Auni mahu membawa jenamanya mengorak langkah lebih jauh dengan membuka premis yang lebih besar dalam masa enam tahun lagi. Usahawan ini mahu berkongsi rezeki dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Dahulu ada yang mempersoalkan jaminan pekerja saya yang dikatakan tiada masa depan kerana diberi gaji hari. Saya ingin membuktikan perniagaan ini mampu mengubah taraf hidup mereka ke arah lebih, mampu membeli kenderaan dan kediaman sendiri,”kongsi Auni yang tidak culas menjaga kebajikan 26 kakitangannya.

Baca juga: Dulu pengacara TV, sekarang bekerja dari rumah, Nisa Aznan puas berniaga

NASIHAT

Kepada wanita yang ingin menceburi perniagaan makanan, Auni sempat menitipkan nasihat berguna. Ujarnya, pertama sekali, usahawan perlu memilih item jualan yang diminati supaya tidak lekas bosan.

“Buat sampai jadi. Jika anda bermula dari rumah, jangan jadikan gelaran dan tanggungjawab sebagai suri rumah sebagai alasan.

“Orang kurang upaya pun bekerja. Jadi, selagi diberikan kudrat dan kesempurnaan anggota kaki dan tangan, berjuanglah.

“Wanita juga jangan terlalu bergantung kepada suami. Berusaha menjana pendapatan sendiri,” ujar Auni.

Melalui cabaran dunia perniagaan menjadi lumrah orang berniaga. Auni menyifatkan suaminya, Muhamad Zafifi Zainudin, 29, sebagai penyokong kuat.

Baca juga: Obses dengan duit dan mahu cepat jadi kaya.’ Cik Puan Gojes tak kisah apa orang nak kata 

“Suamilah yang selalu ada di belakang tabir Kek Tapak Kuda Dapur Azra sejak awal lagi. Dia yang bantu setiap kali Auni ingin menambah stok bahan mentah. Kami menaiki motosikal kerana tiada kereta,” ujarnya.

Syabas dan tahniah buat Auni kerana dapat memanfaatkan usia mudanya dengan berniaga. Semoga kisah kejayaan wanita ini menjadi inspirasi kaum Hawa.

Baca juga: Dulu jururawat, kini Siti Mariam bangunkan empayar Faith Fleur. Pernah pinjam ah long sebab terdesak, ini pesannya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

38 mins ago

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

7 hours ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

9 hours ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

9 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

10 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

13 hours ago