WABAK pandemik yang kini melanda dunia telah memaksa semua seluruh rakyat Malaysia berkorban demi kebaikan bersama.

Tambahan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan lagi selama dua minggu yang memaksa orang ramai duduk di rumah dan tidak melakukan segala aktiviti atau rutin harian seperti yang dilakukan sebelum ini.

Sementara itu, para barisan hadapan negara seperti KKM, petugas kesihatan dan anggota beruniform kini terpaksa bekerja dengan lebih keras berbanding sebelumnya untuk memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

Beberapa jam yang lalu salah seorang petugas kesihatan, Dr. Sakinah Sulong telah memuat naik satu posting menerusi laman Facebook miliknya berkenaan dengan gambaran apa yang sedang beliau dan petugas lain alami.

Doktor berkenaan yang dikenali sebagai Sakinah Sulong di laman Facebook berkongsi serba sedikit mengenai tugas yang dilakukan seharian dan sekali gus mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kerjasama luar biasa yang telah diberikan.

“Hari ni kami melakukan pensampelan swab kepada rakyat Malaysia yang sedang menjalani arahan kuarantin di sebuah hotel.

“Alhamdulillah, lebih 250 sampel berjaya didapatkan dalam masa tiga jam. Cuaca pun cantik dengan angin bertiup jadi taklah panas sangat.

“Mungkin nampak kami seakan terseksa di balik sut PPE yang panas itu, namun kami bangga dapat bertugas dalam situasi ini,” katanya.

Iklan

Ternyata usaha yang dibuat oleh para frontliner tersebut telah menyentuh hati warganet yang disifatkan sangat ikhlas dan turut tidak terkisah berpanas bersarungkan sut PPE sepanjang masa.

Tambah Sakinah, kita semua ada tanggungjawab dan perlu memainkan peranan masing-masing.

“Untuk itu, saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sedia bekerjasama dengan arahan PKP fasa ketiga ini,” tulisnya.

Iklan

We cannot lose this fight, We must WIN!

Stay at home, Malaysians! #janganputusasamalaysia