HENDAK memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah. Tambahan pula jika dalam hati mengidamkan pulangan lumayan dalam masa terlalu singkat.

Sebenarnya ada tempoh yang perlu dilalui sebelum mengecap kejayaan yang diidamkan. Lebih-lebih lagi sekiranya mendambakan kekayaan hasil daripada berniaga.

Jika mengikut prinsip sebenar bisnes, ia bukanlah semudah memetik jari, kongsi pembimbing perniagaan, Baharuddin Mohamed, 43, atau lebih dikenali sebagai Coach Bahar.

Beliau berkongsi pengalamannya dengan memberikan 7 tip emas ini.

Ini yang perlu diingat

Adik nak buat bisnes? Adik ingat senang, adik ingat adik boleh jadi kaya? Adik… sebenarnya dunia bisnes banyak dugaan dan cabarannya dik. Hari ni abang belanja daripada pengalaman abang.

Tapi adik janji baca sampai habis, kunyah dan telan. Ingat betul-betul ya.

1. Ubah mindset majikan

Lain dik oii. Mindset makan gaji dulu kita boleh tunggu hujung bulan. Mindset makan gaji boleh ada waktu cuti. Sebab kita fikir kita ada bos dan akan dapat gaji hujung bulan. Tak buat tak apa, esok masih ada.

Tapi mindset majikan tak macam tu. Adik kena buat dan tak ada pilihan. Kalau adik tak buat, staf tak bergaji dan tak makan nanti. Kedai siapa nak bayar sewa? Adik kena tukar mindset. Duit kita masih di poket orang, bagaimana boleh kita ambil duit tu…fikir..fikir…fikir dik oii.

2. Berkuli dalam bisnes sendiri

Adik yang abang sayang. Sebelum adik nak ceburi sesuatu bisnes tu baiklah adik cari mentor yang betul dan berkuli dalam bidang yang adik nak target tu. Adik tak bolehlah ikut macam otai-otai rasa nak buat bisnes terus buat je. Adik jangan jadi bodoh dik oii.

Abang cakap memanglah kasar sebab ramai yang macam tu dik. Masuk bidang bisnes entah apa-apa tak ada pengalaman dan terjun bodoh macam tu je. Tentulah gagal dik oii. Sekurang-kurangnya adik belajar dalam bidang yang adik nak masuk tu 6 bulan. Jangan berhenti belajar dik oii.

Nak jadi bos kena sanggup jadi kuli.

3. Tangguhkan ‘kegembiraan’

Adikku yang hensem. Dengar abang cakap. Bila adik mula-mula buat bisnes, adik janganlah bermewah beli itu dan ini. Fokuslah dengan bisnes adik.

Janganlah pi pakai duit bisnes tu buat beli kereta sport macam kekawan adik tu. Janganlah dik. Janganlah adik labur macam-macam sebab nak kaya cepat. Adik kena sabar dan tangguhkan kegembiraan sekejap.

Insya-ALLAH, abang yakin dalam masa tiga tahun adik akan berkembang. Masa tu adik bolehlah fikirkan pasal diri adik. Jangan tamak dan gelojoh dik ekk.

” Orang muda perlu tangguhkan kegembiraan untuk kejayaan yang lebih besar” . Kalau faham adik anggukkan kepala.

4. Buat duit dulu jangan buat bisnes lagi

Adik ku yang ku kasihi. Adik pilih produk bisnes yang betul untuk bisnes pertama adik. Jangan salah pilih produk yang susah nak dijual.

“Selesaikan masalah orang ramai, bukan produk yang penting”.

Bisnes awal-awal nak cuba ni adik cuba buat duit banyak-banyak dan belajar menjual.

Iklan

Adik oooh adik.

Bisnes yang terbaik untuk adik awal ni adalah bisnes trading dan bisnes services. Guna modal sikit. Buat kecil-kecil dan buat cash dik ya.

5. Mulakan bisnes pertama dengan modal kecil

Ingat dik. Jangan pinjam duit bank nak buat bisnes pertama adik. Adik ingat bisnes ni atas paper je ke. Adik ingat adik dah belajar sampai universiti adik pandai berniaga. Tolonglah dik oii.

Mulakan bisnes dengan duit sendiri. Modal yang sesuai adalah bawah RM5,000. Lagilah kalau pinjam duit saudara mara dan kawan-kawan lagilah pantang. Bisnes ni macam main game dik. Bukan semuanya menang. 89 peratus usahawan gagal dalam percubaan bisnes mereka yang pertama.

6. Bisnes jangan ada kedai

Zaman sekarang ni bukan macam dulu dik oii. Sekarang kedai kita semua dalam talian dan online. Adik jangan buang duit buat renovation pelbagai. Bisnes belum mula dah habis berpuluh ribu. Janganlah gitu dik. Jangan tiru orang. Baik duit tu adik buat budget marketing. Bisnes dah ok sikit baru adik cari office dan kedai ya. Jangan ada kedai dulu.

Iklan

7. Bisnes ni tarbiah

Dik…oooh dik. Bisnes ni bukan nak cari untung semata-mata. Bisnes ni satu perjalanan tarbiah buat adik. Tarbiah buat adik dan orang di sekeliling adik. Bila ada dugaan dan halangan anggaplah ia sementara. Adik boleh buat. Jangan mudah kalah.

Bonus

Penat abang tulis dik. Bukan ramai yang baca pun. Tapi terima kasih sebab adik sudi baca. Abang tak nak adik buat silap macam abang dan ramai orang lain.

Mula bisnes ni ada perlulah ada sistem. Jangan hentam kromo je. Adik jangan rompak duit bisnes sendiri. Adik kena asingkan duit gaji dengan duit untung bisnes.

Jadi buat mereka yang baharu hendak berjinak-jinak dengan perniagaan dan tak tahu nak bisnes apa, bolehlah ambil nasihat Coach Bahar ini ya.

Moga bermanfaat! -AG