BENARLAH kata orang, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita dapat. Siapa yang tak kenal Ustaz Ebit Lew, aktivis yang macam tak kenal erti penat ni.

Sentiasa menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan tak kira siapa, boleh dikatakan hampir tiap hari.

Sesungguhnya, janjiNya memang benar.

SUBHANALLAH… beratur panjang mereka pada hari pertama pembukaan pasaraya Elewsmart Ustaz Ebit di Bandar Baru Bangi, semalam.

Ada yang mendakwa barisan manusia hendak meraikan pembukaan pertama pasar raya pendakwah bebas itu dan mendapatkan barangan dengan harga berpatutan di situ hingga sanggup berbaris panjang menjangkau lebih 1 kilometer.

YA ALLAH, sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan.

Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan. Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga. Jumpa esok ya Ahad 19/7 di pembukaan cawangan Kajang.

Elewsmart
Saudaraku Murah😉,” kata Ustaz Ebit.

Dalam pada itu, orang ramai mengambil peluang pembukaan cawangan itu semalam untuk bertemu Ustaz Ebit.

Beliau turut sama beramah mesra dan merakam momen dengan pengunjung ke Elewsmart.

Sempat juga beliau mengedarkan aiskrim kepada kanak-kanak dan orang ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar dengan individu yang  amat disayangi rakyat Malaysia itu.

Lihatlah video dikongsikannya.

https://www.instagram.com/p/CCxosonFXv0/?igshid=1s58cb3woulqa

Hari ini, cawangan kedua daripada 10 cawangan Elewsmart akan dibuka secara rasminya di TTDI Grove Kajang.

Iklan

https://www.facebook.com/elewsmart/videos/754447498700079/

Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.

Semoga sentiasa dilindungi ALLAH dan selamat mahu jaya di dunia dan akhirat Ustaz Ebit!

Takrif sedekah pada bahasa maksudnya pemberian ikhlas daripada hati yang bersih. Manakala pada istilah pula, ulama’ menyebut sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada ALLAH dan mencari keredhaannya.

Iklan

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan ALLAH akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Baqarah: 271)

-AG #JanganPutusAsaMalaysia