TATKALA kegentingan memerangi Covid-19, sebahagian besar baik doktor mahupun jururawat terpaksa memendekkan tempoh cuti demi menyumbangkan tenaga dan masa merawat pesakit terbabit.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Datuk Wan Akashah Wan Abdul Hamid (gambar kecil), kerja itu dilakukan itu ibadah. Biarpun dalam keadaan perit, namun yakinlah penghujung pengorbanan tersebut terselit kemanisan.

“Anggaplah setiap tugas yang dilakukan untuk mencegah virus ini (Covid-19) adalah jihad. Besar ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.

“Lagipun ingat bahawa orang yang bersabar dalam berjihad bersungguh-sungguh kerana ALLAH, maka DIA bakal mengurniakan kebaikan berterusan dan menunjukkan jalan kemenangan,” kata beliau yang turut memberitahu bahawa pasukan perubatan dibenarkan menunaikan solat fardu secara jamak.

Dalam itu, beliau turut berkongsi doa terbaik yang membantu menyelamatkan barisan hadapan bertugas daripada gangguan manusia, makhluk asing dan wabak seperti Covid-19.

jururawat covid

Antaranya, sebelum matahari terbit dan terbenam pasukan perubatan disarankan membaca sural al-Baqarah ayat 1 hingga 5, ayat 255, ayat 284, ayat 285 dan ayat 286 yang memiliki mukjizat terbaik termasuk mengelakkan kematian mengejut.

“Pada masa sama, amalkan doa Nabi Yunus ayat 87 dalam surah al-Anbiya yang memohon kepada ALLAH melepaskan hambanya daripada kesusahan.

“Ia termasuklah, membaca doa Nabi Ibrahim ayat 173 dalam surah al-Imran dan surah al-Khafi ayat 10 yang membantu menjadi pendinding memerangi musibah seperti wabak misalnya,” terang beliau.

Sementara itu, pakar motivasi terkemuka, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (gambar kecil) turut berkongsikan kata-kata semangat buat petugas harapan negara dan kakitangan sektor kritikal sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

jururawat covid

“Sesungguh anda adalah wira-wira yang tidak didendang. Moga ALLAH merahmati anda dan keluarga, bahkan kita semua.

Iklan

“Teruskan bertugas dengan senyuman dan keikhlasan. Jangan lupa doakan keluarga, rakan frontliner yang lain serta pesakit dengan doa yang baik-baik. Kami salute kepada anda semua!,” ujarnya.

 

APA KATA MEREKA

Iklan

 

 

jururawat covid19