‘Pandai bawa diri, ikut protokol. Bekas suami ayah terbaik.’ Tetap anggun & awet muda, ini reaksi Norjuma bila ditanya tentang status diri & anak-anak

PELBAGAI persoalan dan tanda tanya tentang ‘kehilangan’ empunya diri sebelum ini.

Timbul pelbagai andaian dan bertebaran tanda tanya.

Berita tentang dirinya sebelum ini yang terpampang di dada akhbar di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi. Namun, biarlah itu semua…

Pun demikian, segalanya terlerai apabila SinarPlus secara eksklusif bersama media terpilih dijemput menghadiri satu Majlis Ramah Mesra Media Bersama Datin Che Puan Norjuma
Habib Mohamed petang semalam.

Baca ni ‘Saya sudah fikir akan mati, tapi ALLAH beri saya peluang sekali lagi’. Annie Mosha imbau tragedi disambar petir

Berlangsung di Barbie Kafe, Grand Hayatt Hotel Kuala Lumpur kemunculan figura fesyen dengan wajah manis dan ayu itu disambut mesra.

Ramah seperti dulu. Bibirnya pula tidak lokek menghadiahkan senyuman buat para media dan juga tetamu.

“Saya pergi ke mana selama ini? Kuarantin kot.”

Demikian reaksi awal Norjuma atau mesra disapa Juma sambil ketawa kecil tatkala ditanya ke mana beliau ‘menghilang’ selama ini.

Beliau sebelum itu menitipkan ucapan terima kasih atas kesudian pihak media dan tetamu khas kerana sudi meluangkan masa pada petang tersebut.

“Saya gembira dapat bertemu dan beramah mesra. Saya berharap hubungan ini berpanjangan sampai bila-bila.

“Sepanjang 13 tahun dalam bidang ini dan membangunkan jenama Bawal Scarf dengan mereka cipta tudung. Saya dan semua sudah bekerja keras dan sebab itu, walaupun ada yang cuba meniru, namun keaslian Bawal Scarf itu masih milik saya.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh insan-insan terbaik yang menyokong dan membantu sejak dahulu hingga sekarang. Saya tidak pernah kerja sendirian, memang saya buat rekaan, kajian dan sebagainya. Pun begitu, ada pasukan yang membantu,” katanya.

BACA JUGA:  Perlu tambah darah setiap bulan, makan ubat dan kena suntik. Bee Aishah tetap mahu terus jadi anak seni

BUKAN BURU GLAMOR

Juma berkata, penganjuran majlis tersebut sebenarnya adalah lebih kepada refresh tentang dirinya dengan pihak media termasuk peminat yang sentiasa ternanti-nanti kelibatnya.

“Saya bukan artis atau model, tetapi eksekutif perniagaan bersama dengan orang lain. Saya ada anak, keluarga, adik beradik dan rakan-rakan yang disayangi.

“Pada masa sama, saya akui tidak pandai dalam bab media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain. Ia bukan bakat saya, sebab itu jarang nampak saya like atau komen dalam media sosial. Mungkin ada satu atau dua, itu pun setahun sekali waktu raya. Hanya dalam sesi sidang media seperti ini boleh media bertanya khabar, buat apa, pergi mana, dengan siapa, apa dah jadi dan pelbagai persoalan lain.

“Itulah proses refresh yang mengingatkan semua orang siapa saya secara asasnya. Kalau sebelum ini orang asyik tercari-cari saya, nampak ada tetapi macam ‘tiada’. Inilah diri saya,” ujarnya.

Menjawab satu persoalan, Juma secara tegasnya berkata, beliau sesekali tidak mencari kemasyhuran seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang.

Dirinya juga bukan ‘sejenis’ yang rapat dengan pihak tertentu untuk berbuat demikian.

“Saya memilih cara sendiri dan bukan untuk mencari glamor atau rapatkan diri dengan mana-mana pihak (tertentu). Itu bukan cara saya. Kerja adalah kerja. Kami jual jenama dan bukannya dan bukannya diri sendiri,” ungkapnya dengan penuh bermakna.

BEKAS SUAMI AYAH TERBAIK

Beralih kepada persoalan kehidupan peribadi terutama berkaitan anak-anak, ibu kepada lima cahaya mata itu bersyukur melihat pencapaian anak-anaknya kini.

“Saya ada lima, dua simpan (meninggal dunia akibat keguguran) dan tiga lagi handsome seperti ayahnya. Semuanya lelaki yang kini berumur 17 tahun, 15 tahun dan 13 tahun. Mereka kini ibarat ‘harta’ milik bekas suami dan dijaga dengan baik.

Iklan

“Mereka memiliki bonding yang cukup kuat dan pada saya anak-anak lelaki memang patut rapat dengan ayahnya. Itulah yang berlaku dan kalau keluar bersama, anak-anak akan cakap ‘you are girl’,” kongsi anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi.

Beliau kemudiannya menambah, memandangkan anak-anaknya ialah cucu bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, mereka memahami dan mengikut setiap protokol yang ditetapkan kepada diri masing-masing.

“Alhamdulillah, sehingga kini anak-anak faham dan cara pembawaan diri mereka sangat berhemah. Saya memang nak bagi anugerah kepada bekas suami kerana beliau ialah seorang ayah yang terbaik. Anak-anak boleh mengaji, solat dan sudah mengerjakan umrah.

“Justeru, apa lagi sebagai ibu yang saya perlukan? Malah, ada yang sudah akil baligh sekarang, silap-silap saya bakal dapat cucu tidak lama lagi,” ujar beliau sambil menitipkan rasa syukur atas kurniaan tersebut.

Baca lagi ‘Obses dengan duit dan mahu cepat jadi kaya.’ Cik Puan Gojes tak kisah apa orang nak kata 

MEMBACA LAMBANG KEMERDEKAAN

Bercerita lanjut tentang aktiviti hariannya, Juma yang gemar membaca berkata, aktiviti tersebut ibarat ‘lambang kemerdekaan’ buat dirinya.

“Membaca buku memberikan ruang untuk saya mengenal diri sendiri tanpa perlu bercerita kepada orang lain atau membuatkan orang lain kagum. Jadi, saya boleh berfikir.

Iklan

“Buku-buku membantu saya memahami pelbagai perkara terutama berkaitan bidang yang saya ceburi,” katanya sambil berseloroh menyatakan bahawa gosip juga salah satu aktiviti yang dilakukan bersama teman rapat termasuklah ibunya.

TERPAKSA’ JADI CANTIK

Diminta berkongsi tip tetap awet muda sejak dulu lagi, ini jawapan tuan punya badan.

“Saya terpaksa jadi cantik sebab adik beradik yang lain cantik, macam anak patung. Kalau berkumpul ramai-ramai di rumah emak, saya tidak bersiap nanti, nanti dikatakan penampilan seperti pembantu rumah,” katanya sambil tergelak.

Juma juga berterus terang bahawa beliau tidak mengamalkan sebarang pantang terutama dalam pengambilan makanan.

“Cuma, kegemaran saya kari ialah nasi kandar. Selain itu, saya ada amalkan pengambilan jamu dan juga makanan tambahan lain,” ungkap Norjuma sebelum menutup perbualan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi