KEMATIAN yang amat dicemburui.

Hanya itu yang boleh digambarkan dengan kematian seorang pelajar Malaysia di Mesir, Jumaat lalu.

Dilaporkan Allahyarhamah Nurul Huda Mohamad Shulaudin disahkan meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas dan dikebumikan di Maqam Para Auliya, Mesir.

Seorang rakan arwah, Siti Nursarah Kusnin tampil berkongsi amalan beliau sewaktu hidup ketika sempat bersama dalam bermusafir ke Kelantan selepas berkuarantin di Hotel Ibis, KL suatu ketika lalu.

Menurutnya, kematian Nurul Huda sungguh istimewa.

“Innalilahiwainnalillahirajiun. Alhamdulillah Allahyarhamah Nurul Huda adalah pelajar Malaysia pertama disemadikan di Makam Para Auliyak, Mesir.

“Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga.

“Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

“Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan meninggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya.

“Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

“Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke tanah air. Melepaskan anaknya di lapangan terbang baru ini mungkin amat
mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

“Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah,” tulisnya di laman Facebook.

Katanya, apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan sunatnya dijaga rapi apatah lagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Iklan

“Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di tempat duduk sebaris dengan arwah.

“Arwah duduk ‘double seat’. Saya seat single di tengah di kosongkan untuk penjarakan sosial. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

  • Melazimi Ratib Al-Haddad.
  • Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
  • Tasbih sentiasa di tangan.

“Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan-kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang tertinggal.

  • Suka berdamping dengan al-Quran.
  • Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

“Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.

“Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه

“Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة

“Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع

“Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه

“Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم

“Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

“Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mati. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga,” katanya.

Baca juga Tidak boleh berjalan bukan alasan jadi saudagar ikan laga, ini rahsia kejayaan pemuda gigih

Ceritanya, begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat.

“Saidina Othman, mati ketika membaca al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir.

“Bukti kematiannya dicemburui ramai adalah meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar Maqam Auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia dikebumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Siapa yang menyaksikan kematian di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Iklan

Alfatihah untuk Allahyarhamah Nurul Huda. Semoga kita semua boleh mencontohi amalan terpuji arwah ketika hidup.

Sumber : Siti Nursarah Kusnin