EBIT Lew bukanlah nama asing di negara ini. Beliau merupakan hartawan yang dermawan kerana sentiasa proaktif turun padang membantu golongan memerlukan.

Bergelar seorang pendakwah bebas dan trainer, Ebit cukup terkenal dengan kemurahan hati.

Beliau sentiasa mendapat perhatian netizen kerana keprihatinnya membantu masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang, apatah lagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana ramai terjejas dari segi pendapatan.

Walaupun baru-baru ini diuji tohmahan tidak berasas, erti putus asa tidak terbit dalam kamus hidupnya.

Bahkan, Ebit semakin giat menjalankan aktiviti kebajikan baik di dalam mahupun di luar negara antaranya Misi Kemanusian Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Iklan

Terbaharu, dilaporkan sumbangan Ebit Lew yang dibeli di Cairo, Mesir telah berjaya memasuki Gaza, Palestin pada hari raya pertama Aidiladha.

Pun begitu, di sebalik kepihatinan dan sikap positif dipamerkan mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew itu?

1- Menelusuri perjalanan hidupnya, Ebit pernah bekerja sebagai kakitangan pakar motivasi dan rumah tangga terkemuka negara, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah sebelum membuka syarikat latihan sendiri.

2- Menerusi sesi live hari ini pada minit ke 1.19.09 Ebit mendedahkan pernah memperoleh RM700,000 pendapatan kasar sehari menerusi program latihan yang dianjurkan.

3- Selain itu, beliau juga mempunyai butik pakaian Muslim.

4- Mengusahakan tiga buah restoran yang sudah lima tahun beroperasi.

5- Bapa kepada empat cahaya mata itu juga mempunyai 22 buah pasar raya Elewsmart di sekitar Lembah Klang.

6- Ebit berbangsa Cina telah memeluk Islam ketika berusia 12 tahun.

7- Selepas memeluk Islam, beliau mendalaminya sebelum berusaha mengajak keluarganya untuk turut sama memeluk Islam.

Baca juga Standby live Ebit Lew 12 tengah hari ini, jawab fitnah melampau, tak berasas

Iklan

BIODATA

Nama penuh : Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 37 Tahun
Asal : Muadzam Shah, Pahang
Keluarga: Anak ketiga daripada 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin, memiliki empat orang cahaya mata

PENDIDIKAN

– Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan (1991-1996)
– Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah (1997-1999)
– Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (2000-2001)
– Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (2002-2003)
– Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor