“Penat sangat. Tapi penat yang bahagia” – Farah Lee tayang kereta mewah

“MASIH terngiang-ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka.”

Begitulah perkongsian influencer popular, Farah Lee di laman Instagramnya yang menunjukkan sebuah kereta mewah.

Menerusi posting tersebut, ibu tunggal kepada Maream Esabel Ally, berusia 6 tahun itu memuat naik foto mereka berdua di sisi kereta yang bernilai ratusan ribu itu difahamkan baru sahaja menjadi miliknya.

Farah juga turut menceritakan cabaran dan kata-kata hinaan yang diterima sebelum berjaya dalam perniagaan.

Kongsinya;

Iklan
Iklan

“Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…”

“Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually.

“Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot.

“I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost.

“Now that the wall was demolished – I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.

Artikel berkaitan: Berkongsilah selagi mana ia tidak membuka aib sesiapa

“Arwah Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”. Sadly, you’re not
here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang.

“Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah
mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.

“Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.

“It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat.

“Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease.

“Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya turut memberi kata-kata semangat buatnya dan juga anak perempuan comel itu.

Kata mereka;

farahfakhira_ – Orang yang nama Farah ni memang hebat dan kuat. Proud of you my sister.

syiffarosman – Congratulations! You are so inspiring in many ways Kak Farah! Moga Allah luaskan lagi seluruh pintu rezeki.

anne_aziz – Kita banyak masa untuk anak-anak dan parents kita. Pasal jodoh biarlah Allah tentukan.. Semoga selalu di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

zueraidashahrom – Same-same jaga anak dan cari keredhaan Allah aje sekarang ni.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

5 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

6 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

8 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

11 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

12 hours ago