SELALU kita dengar pelbagai pengalaman daripada orang yang bekerja di luar pesisir atau offshore di tengah laut. Lazimnya mereka bekerja dekat pelantar di tengah laut ialah golongan lelaki bukan?

Jangan tak tahu, sebenarnya wanita pun ada yang bekerja di situ ya. Cuma memang diakui bilangannya tak ramai. Berapa ramailah si Hawa yang sanggup duduk di tengah laut, jauh daripada keluarga dan tidak dapat nak ‘berjimba-jimba’ di pusat membeli-belah atau rekreasi dan sebagainya.

Bayangkanlah kehidupan di tengah laut. Namun demikian tidak semua tak suka. Ada juga yang memendam rasa hendak merasai pengalaman bekerja di offshore.

Tidak kira lelaki atau wanita di luar sana, jika ada yang rasa hendak bekerja di offshore, bolehlah baca pengalaman yang dikongsikan Nabila Mohd Saifullah yang baru ‘naik’ ke darat ini.

Berpengalaman tujuh tahun bekerja, tiga tahun dekat offshore dan empat tahun di pejabat, menarik pengalaman yang dikongsikan wanita berusia 31 tahun ini. Tular perkongsiannya baru-baru ini:

Hari ni, sis nak share sikit on my offshore life. What to expect and what not.

1. Dekat offshore, banyak company dengan kerja dan pangkat masing-masing. Kalau u client side, 2 weeks usually offshore. Kalau pangkat-pangkat sis (contractor), 42 days max. Tapi sis penah sampai 60 hari offshore.

2. Dolu2 rambut sis panjang mengurai, so i have to cut my hair short. Every single time before mob, I go hair salon to wash blow my hair. Balik darat after 42 days, jadilah mak lampir balik. End up, I cut my hair short.

3. The food walaupun 6 kali sehari, janganlah anda ingat bahawa anda akan dihidangkan hidangan 5 bintang. Namun hanya hidangan biasa-biasa sahaja. Janji makan. Unless u stay LQ, client workboat or rig. Nak makan sedap, buat-buat la ada kerja kat rig. Hahahaha.

4. Usually, I bring few mineral bottles. Hahahahaha

5. Bawalah jajan anda bila anda disuruh mob. Makan memang ada. But usually no jajan onboard. So bawak la sendiri. Jajan paling panas kalau dekat offshore will be kuaci. Kalau nak makan tapi tak ada, maka bersistem barter la.

6. Pack light. Laundry twice a day. So tak perlu bawa pakaian banyak. Sis biasa ada 2 t-shirt, 2 seluar dan 2 coverall. Tudung pun 1. Hari-hari tudung sama. And the crew tak pernah perasan pun. Paling penting bawalah tudung tak perlu iron. Unless anda rajin bawak iron which im not. Hahahaha. But socks bawalah lebih. Sebab kes kehilangan socks sangat kerap terjadi.

7. Sapa cakap tak boleh pakai makeup dekat laut? Sis pakai je. Agitchew. Well, I have my skincare routine yang I must follow everyday. But still, mandi air karat. Sis redho.

8. Girls we have our own room. So i usually clean my own room and toilet. Minta adik roomboy tinggalkan pencuci toilet saja. I do the rest.

9. No phone coverage unless platform dekat dengan shore. Kalau jauh, memang tak ada. If platform yg ada coverage, celcom and maxis ja yang ada. Digi ….. Maybe orang kuning terlalu berat nak lompat masuk fcb. Hahahahaha.

10, Wifi share ramai-ramai. So memang slow. Makanya, download lah movie dan kdrama sebelum mob. So ada la nak ditonton. Maklumlah, TV biasa kena conquer dengan uncle-uncle. Hormatilah mereka.

11. Nak balik darat? Kenalah tunggu next available FCB. FCB is fast crew boat… Fast? Meh… Hahahaha. Kena book dulu baru boleh balik. Pastikan sudah ada crew change ya. Unless u balik 2 hari saja. This happened kalau tak ada cc and u have to set day jadi day 1 balik. Client requirement, cannot stay more than 42 days. Fatigue management.

12. Ketika anda baru sampai ke kapal, semua orang akan membantu anda angkat barang. Bila masa demob, anda ditinggalkan mengangkat beg sendiri. Ini khas untuk perempuan. Hahaha. Dari seorang wanita yang selalu ditinggalkan dengan beg baju sebab crew excited smpai darat. Lol.

13. Tak susah pun keja offshore. Janji anda bukan kategori nak 24 jam video call, nak tengok astro, wifi mesti laju, makan mesti mewah. Cuma untuk certain trade memang penat. Lagi-lagi golongan direct crew. So give and take.

Thats it. I will share more next time. Nak cerita pasal apa lagi? #duyunglaut

Jawab soalan dalam inbox

Bersama rakan sekerja.

Hai! Post hari ni lebih kepada menjawab soalan dalam inbox saya. Saya baca tapi banyak sangat soalan sama. Jenuh balas satu-satu. Jadi, saya jawab dekat sini je. Ini pengalaman dan pandangan peribadi saya sendiri. Saya stay kat kapal and barge sahaja. Dekat LQ saya tak tahu.

Tapi pertama sekali, kena tahu yang dekat offshore banyak trade, company dan job scope berbeza.

1. Marine crew. Ni pun kira kerja offshore la. Biasa contractor akan stay dekat kapal. Marine crew akan kerja dekat kapal ni. Ada kapten, chiefmate, RO, AB dan pelbagai jawatan untuk memastikan kerja di atas kapal berjalan lancar. Ni macam mana nak dapat, kena tanya marine crew sendiri. Saya rasa macam ada course juga. Nazifi Farhan ni abam marine. Boleh pm dia.

2. Catering. Yang ni pulak, yang akan masak, mengemas bilik, cuci baju. Pendek kata yang memudahkan kerja pembersihan atas kapal. Diketuai oleh campboss. Anak buah dia adalah cook, baker, room boy. Yang ni pun kena tanya orang catering sendiri. Yang saya tahu, nak kerja dekat galley kena ambk suntik typhoid. Sebab tu tak boleh memasak sesuka hati. Melainkan memasak guna microwave.

3. Client. Ni pun kena tanya dorang sendiri. Biasa akan ada sorang dua client duduk kat kapal.

4. Contractor. Ni saya boleh explain. Kalau contractor ada terbahagi kepada dua. Direct dengan indirect crew.

Iklan

Kalau direct crew adalah crew yang bekerja secara langsung. Lebih memerlukan tenaga fizikal. Yang ni macam rigger, scaffolder, welder dan macam-macam lagi. Ni memang kena ada sijil. Boleh ambil dekat training centre. Cuma welder tu kena ada exam. Tapi ni saya tak sure. Sebab saya bukan welder. Hahahaha.

Kalau indirect crew adalah crew yang bekerja secara tidak langsung. Yang ni macam engineer, inspector dan supervisor. Kalau nak jadi supervisor dan superintendent (contractor punya big boss offshore) ni kena ada pengalaman sebagai direct crew. Kira macam naik pangkat. Biasa orang lama la.

Kalau nak jadi inspector pulak, kena ada certificate. Yang ni saya tak tahu sebab saya bukan inspector. Boleh tanya Naem Jun. Dia inspector.

Seterusnya adalah dibawah payung project team. Yang ni engineer, assistant engineer. Biasanya yang ni yang orang cakap coverall bersih. Duduk office je. Golongan ni adalah yang buat paperwork. Kira wakil office dari darat ke offshore. Biasanya execution team la. Saya boleh terang bahagian ni je. Sebab saya di bawah payung PMT.

PMT biasanya tak lama sangat. Sebab PMT ni office base. Kalau lama dekat laut, keja kat darat tak ada orang cover. Nak attend meeting, buat kerja teknikal dan banyak lagi. Nak jadi under PMT ni biasanya kena ada diploma dan ke atas. Nak apply mcm mana? Tip yang saya selalu bagi, hantar CV both dalam bentuk soft-copy dan hard-copy. Dan kena percaya pada rezeki. Saya sendiri 2 tahun lebih baru dipanggil untuk IV. Ni setelah first wave dalam o&g tahun 2015. First saya join o&g 2013. Boleh bayang kan usaha nak masuk balik tu memang susah. Tapi kena usaha dan percaya dengan rezeki.

Satu soalan selalu orang tanya, medical dan bosiet nak buat dulu sebelum apply?

Jawapan saya, depends. Kalau ada bajet, boleh buat medical dan bosiet sendiri. Lepastu apply kerja dan sertakan sekali la salinan sijil2 ni. Dapat tak dapat ni saya tak boleh jamin. Sebab rezeki masing-masing. Kalau tak ada bajet, boleh apply dan bila dah dapat kerja, company akan bayar. Saya sendiri company bayar. So save money. Cuma contra nya, sijil akan dipegang company. Kalau bayar sendiri, sendiri pegang. Cuma kalau company yang bayar, maknanya dah confirm dapat kerja.

Bayaran? Kalau medical ni saya rasa dalam RM300 ke atas. Saya rasa la sebab saya punya medical semua company bayar. Make sure fit untuk offshore. Fit tu kira test mata, darah semua pass. Kalau pass dengan berjaya, medical ni boleh pakai dalam 2 tahun. Kalau ada masalah kesihatan, biasa dalam minimum 6 bulan validity. Bila expired, kena medical lagi.

Iklan

Kalau Bosiet ni, dalam RM1,500 kena sediakan. Dia dalam RM1,300 harga course ni. Tapi ni harga 2017. Yang ni valid 4 tahun. Kalau 1st timer dan org yang cert dah invalid, 3 hari training. Kalau yang nak renew sebelum tarikh validity, 1 hari saja. Kita panggil refreshment.

Cuma satu je saya boleh share, kerja offshore ni tak seindah dulu. Kalau sekarang ada kerja yang tetap, gaji dah ok, fikirlah 2 3 kali. Unless u memang kuat hati nak join. Dan nak masuk dari zero memang susah. Cuma percaya pada rezeki.

Ni solely dari pandangan saya. Till then. p/s: kalau ada tertinggal, blh add.

#duyunglaut

 

Menarik juga perkongsian Nabila ni. Kepada SinarPlus, menurut beliau, kontrak kerjanya baharu tamat.

“Buat masa ni saya baru seminggu di rumah. Kalau ada rezeki dalam bidang sama memang saya nak bekerja di offshore lagi. Jika tidak, mungkin saya berniaga,” kata ibu kepada dua anak berusia 6 dan 11 bulan yang tinggal di Miri Sarawak ini. -AG #janganputusasamalaysia