• Sunday , 19 September 2021

“Penumpang di dalam pesawat pun kenal saya!” penyerang muda negara selamat tiba di bumi Belgium

“Penumpang dalam pesawat pun kenal saya!” penyerang muda negara selamat tiba di bumi Belgium
August 14, 2020
Oleh Meen

SELEPAS pelbagai halangan ditempoh, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menjadi milik pasukan dari Belgium, KV Kortrijk.

Semalam menandakan tarikh penuh bermakna buat pemain muda tersebut apabila beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Belgium bagi memulakan fasa seterusnya dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

“Penumpang dalam pesawat pun kenal saya!” penyerang muda negara selamat tiba di bumi Belgium

Selepas selamat mendarat di Belgium, Luqman kini perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebelum boleh memulakan latihan.

Bukan mudah untuk seorang pemain bola negara menempah nama di peringkat kelab antarabangsa.

Selain perlu bersaing bersama pemain tempatan,mereka juga berdepan dengan cabaran pemain remaja seluruh negara pada peringkat saringan.

Luqman terpilih untuk ke Eropah bagi bermain dalam Divisyen 1 Belgium untuk kelab KV Kortrijk dengan mengikat kontrak selama 5 tahun.

Iklan

Untuk info, kelab Belgium itu dimiliki oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent tan yang merasakan Luqman memiliki skil dan semangat yang membara untuk diletakkan dalam sebuah kelab Eropah.

“Penumpang dalam pesawat pun kenal saya!” penyerang muda negara selamat tiba di bumi Belgium

Iklan

Kata pemain remaja yang berasal dari Kelantan itu, perasaan terujanya mengatasi sebarang perasaan gementar semasa menaiki pesawat semalam.

“Beberapa penumpang di atas pesawat mengenali saya dan tujuan saya ke Belgium. Mereka sempat memberikan kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik dan berharap agar saya membawa nama bola sepak Malaysia untuk menjadi lebih dikenali.

“Kini setelah saya tiba di Belgium, saya tak sabar untuk menyertai pasukan saya, KV Kortrijk,” kata Luqman lagi kepada rakan media.

“Penumpang dalam pesawat pun kenal saya!” penyerang muda negara selamat tiba di bumi Belgium

Penyertaan Luqman itu juga mendapat sokongan daripada bekas Menteri Belia & Sukan negara, YB Syed Saddiq menerusi akaun Twitter beliau semalam

Liga bola sepak Belgium dianggotai oleh beberapa kelab ternama yang telah mencipta nama di peringkat Eropah. Kortrijk adalah sebahagian daripada 18 buah pasukan yang bertanding, selain Anderlect, Club Brugge dan Standard Liege.

All the best Luqman, banggakan Malaysia ya!

Sebelum ini, pemain bola sepak negara yang pernah menyertai kelab bola sepak di luar negara termasuklah Akmal Rizal (RC Strasbourg), Zafuan Azeman (Ang Thong FC), Safee Sali (Pelita Jaya FC), Nazmi Faiz (SC Beira-Mar), Wan Zack Haikal (FC Ryukyu) dan ramai lagi.

About Meen

Biodata Penulis