Pernah dapat RM3 sahaja ketika busking di ibu kota, Coca Music tetap tak patah semangat

BERBAKAT dalam memainkan instrumen muzik dan memiliki jiwa seni tinggi. Itu ciri-ciri dan persamaan lima anak muda yang bakal meledakkan industri hiburan tempatan.

Menamakan kumpulan mereka sebagai Coca Music, Muhd Zafri Romaizakifli yang bertindak sebagai vokalis dan pemain gitar utama berkata, penubuhan kugiran jalanan itu tercetus selepas melihat trend busking di ibu kota.

Masing-masing dilihat tanpa segan-silu mempersembahkan bakat dengan gaya tersendiri tidak kira usia, bangsa dan agama.

“Selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, saya mula bermain gitar akustik. Sunway Putra Mall menjadi tapak pertama saya busking. Dulu saya hanya ajak kawan sekolah bermain muzik secara suka-suka sahaja.

coca music

“Kemudian, saya kembali serius selepas melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Muzik di UiTM, Shah Alam. Ketika itulah, kami berjumpa dan bermain dalam satu band,” katanya ketika ditemui di Studio A, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Selain Muhd Zafri, Coca Music dianggotai oleh Tuan Haziq Ihsan Tuan Zulkifly (pemain dram), Amirul Hanafi Shukran (penggesek biola), Ahmad Syukran Ahmad Safran (pemain keyboard) dan Azman Sazali (pemetik gitar bass).

coca music

coca music

Ketika ditemui, hanya Muhd Zafri, Tuan Haziq dan Amirul Hanafi yang berpeluang hadir untuk sesi temu bual bersama SinarPlus.

Menyambung cerita, Muhd Zafri berkata, meski beliau sibuk dengan tuntutan sebagai penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Produksi Audio di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan impian bergelar pemuzik.

 

“Bukan saya saja, ada antara kami masih belajar dan ada juga yang sudah bekerja sendiri, tapi kami perlu pandai curi masa berlatih untuk lakukan persembahan sama ada jemputan berbayar atau busking sahaja.

Baca juga Pernah diperlekeh kerana mengajar murid pekak subjek muzik, cikgu wanita ini tetap kental. Ramai yang terharu!

“Tapak Food Truck Urban Street Dining, Jalan Ampang, Kuala Lumpur menjadi kawasan jamming kami. Kami memang seronok kerana dapat menghiburkan pengunjung,” katanya yang memiliki slot persembahan di sana setiap malam Selasa dan Rabu.

Kenangan manis

Tatkala ditanya momen yang tidak akan dilupakan sepanjang bergelar pemuzik jalanan, tiga sahabat itu tergelak besar seraya berkata: “Kami pernah dapat wang sebanyak RM3 sahaja daripada orang ramai ketika busking pada hujung minggu di Pasar Seni Kuala Lumpur. Nak dijadikan cerita, ketika itu memang tak ramai orang. Jadi, setiap seorang dapat ‘upah’ RM1.

coca music

“Memang nak tergelak, sedih semuanya ada. Padahal caj parking lagi mahal kena bayar, tapi kami anggap semua itu rezeki dan niat mahu menghiburkan orang. Sebab kami percaya busking ini juga salah satu terapi diri.”

Meskipun tidak agresif membuat promosi untuk Coca Music di media sosial dan bergantung kepada konten cover lagu artis terkenal, namun rezeki lima anak muda itu sentiasa datang dalam pelbagai bentuk.

Iklan

coca music

Tidak hanya dipanggil untuk majlis keramaian seperti perkahwinan, korporat dan program eksklusif, kumpulan itu juga rajin membuat persembahan terbuka di lokasi tumpuan.

Pun demikian, untuk mara lebih jauh dalam industri seni dan bergelar sebagai penghibur popular, setiap ahli memiliki perancangan tersendiri.

Baca juga ‘Harumkan nama negara, raih anugerah antarabangsa.’ Alena Murang satukan bangsa menerusi muzik dan seni

Secara peribadi, Muhd Zafri berkata, Coca Music baginya adalah platform beliau dan rakan-rakan untuk mengembangkan lagi bakat dalam bidang muzik, selain menambah duit saku.

coca music

Iklan

“Kami masing-masing tidak terikat antara satu sama lain dan untuk persembahan mingguan, terpulang kepada ahli yang ada kelapangan untuk bersama.

“Cuma yang pasti, kami akan terus berkarya dengan lagu sendiri dan menghiburkan orang selagi mampu. Bukan apa, bila petik gitar dan menyanyi, semua stres boleh hilang,” ungkapnya sambil tersenyum lebar.

Sempena penganjuran SinarPlus Makan Fest pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung pada 8 hingga 10 September ini, Coca Music bakal membuat persembahan istimewa pada hari Sabtu (jam 4 petang) dan Ahad (5 petang).

coca music

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang