“Talkin daripada Ketua Polis Johor.

Integriti. Ingat mati.

Insaf.”

Begitu kongsi pelajar ekonomi yang juga pemerhati politik serta aktivis belia, Syahir Sulaiman ini di ciapan Twitternya kelmarin. Postingnya itu menarik perhatian warganet.

Menariknya, ramai yang positif dan menyokong perkongsian yang dibacakan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkenaan.

 

“Bagi pegawai dan anggota polis Johor yang beragama Islam, saya ingin mengingatkan, mati adalah benar, soalan Munkar dan Nangkir adalah benar, bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar.

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira amalan kita adalah benar.

Minum di kolam air Nabi Muhammad adalah benar. Syurga dan neraka adalah benar.

Iklan

“Jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan-tuan ingin mengambil rasuah atau bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot,” tegas beliau.

Itu antara cuplikan ucapannya dalam Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor Julai ini.

Artikel berkaitan: Anggota polis santuni warga emas 

Iklan

Dalam ucapan itu, Ayob Khan telah membacakan talkin bagi menyampaikan mesej kesedaran buat kontinjen berkenaan. Ia bagi mengingatkan anggotanya agar menjauhi perbuatan rasuah dan belot.

Beliau sehingga ini dikenali dengan sikap ketegasan dan kelantangannya menentang pembelot dan penjenayah.

Moga bermanfaat! -AG