KEHIDUPAN di dunia sememangnya perlu saling membantu. Ya, barangkali sekarang masa susah orang lain, masa kita pula entah bila siapa yang tahu.

Tindakan seorang petugas komuter Kereta Api Elektrik (KRL) yang membantu penumpang orang kurang upaya (OKU) dengan menggendong lelaki tersebut virul di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga hari ini.

Tular tentang perkongsian itu setelah foto seorang lelaki dilihat sebagai OKU dengan fizikalnya berkaki kecil di akaun Zulfikar Akbar @zoelfick yang memuat naik tentang kebaikan petugas KRL yang membawa lelaki tersebut.

“Petugas @CommuterLine satu ini bikin meleleh (menangis) pagi-pagi. Selalu ada contoh baik di mana-mana. Respek!,” ciap Twitter tersebut sebagaimana dikongsikan Okezone.

Dalam muat naik itu, seorang pegawai KRL beruniform di Jakarta muncul membawa OKU dari dalam perut komuter menuju ke pintu keluar stesen.

Sehingga kini, ciapan akaun Twitter tersebut telah dikongsi sebanyak 1,300 kali dan mendapat lebih 3.7k tanda suka.

Netizen juga memberikan respons positif daripada tindakan sifat kemanusiaan petugas KRL tersebut.

“Ya amppuunnn masih ada lelaki sejati … roh,” tulis netizen @Saadiq77000103.

“Petugas yang patut dihargai … perlu menjadi contoh bagi petugas lain dan untuk kita semua … kerja yang baik,” ciap netizen lain @LiEnA_36245.

Turut bantu OKU penglihatan

Sementara itu, turut membalas ciapan @zoelfick ialah khairul @arffrchmn yang berkongsi foto seorang lagi petugas komuter yang sama, turut membantu seorang pengguna yang dipercayai OKU penglihatan berjalan di stesen berhampiran.

Iklan

“Ini juga…” ciap @arffrchmn.

Terdahulu pihak Comuter Line dan @CommuterLine membalas ciapan @zoelfick dengan komen berkenaan:

Iklan

“Selamat Pagi. Terima kasih atas penghargaan yang diberikan. Perkara ini telah menjadi rujukan kami untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bagi pengguna Perkhidmatan Pengangkutan Kereta Api Komuter Indonesia.”

Baguskan bila ada sikap saling membantu dan saling menghargai?

Moga kita juga dapat mencontohi perkara-perkara baik dan mulia yang dilakukan oleh orang di sekeliling kita. -AG