BULAN Ramadan bukan sahaja memberi kita peluang untuk melipatgandakan ibadah, tetapi turut menggalakkan
amalan bersedekah bagi membantu golongan tidak bernasib baik.

Aktiviti seperti berbuka puasa dan sumbangan hari raya antara langkah murni yang boleh dilakukan bagi meringankan beban dan menggembirakan mereka.

Itulah usaha yang dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi majlis Iftar Ramadan PKNS 2022.

 

Baca juga: Derita sakit usus dan sle hidup remaja ini berubah 360 darjah bantuan RM30,000 diperlukan untuk kos perubatan

Baca juga: Rayuan ibu tunggal dua anak

 

Sumbangan itu satu langkah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS dalam menyantuni anak-anak yatim. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS,

Datuk Mahmud Abbas dengan menyerahkan sumbangan berjumlah RM60,000 kepada 10 buah rumah anak yatim Selangor melalui peruntukan zakat PKNS di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Datuk Mahmud Abbas

Acara yang berlangsung pada minggu lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor itu jelas memperlihatkan kegembiraan pada wajah anak-anak itu.

Menurut Mahmud Abbas, keprihatinan membantu asnaf dan golongan memerlukan merupakan keutamaan PKNS.

“Ini tradisi PKNS sejak tahun 2014 lagi. Kami mengagihkan sumbangan kepada pelbagai pihak seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan surau di sekitar Selangor.

“Bagi tahun ini, setiap rumah anak yatim masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM6,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Acara tersebut menyaksikan penyerahan replika cek dan pemberian duit raya kepada anak-anak daripada Rumah kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekandi.

Mahmud (belakang, dua dari kiri) bersama semua penerima sumbangan zakat PKNS.

Turut menerima sumbangan, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur serta Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Islam dan

Miskin Daerah Sabak Bernam, Pusat Jagaan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan, Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Rumah Aman (Shah Alam) dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah.

Tradisi majlis berkongsi rezeki itu diakhiri dengan dengan solat Isyak dan tarawih berjemaah bersama penerima dan kakitangan PKNS.

Terima kasih PKNS

Iklan

Wakil penerima Yayasan Anak Yatim Wardatul Jannah, Datuk Shakir Husein Kalid meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh PKNS.

Datuk Shakir Husein Kalid
Halimaton Saadiah Mohd Nawawi

“Sumbangan ini secara tidak langsung dapat membantu sesi persekolahan pelajar, pendidikan dan persediaan Syawal nanti.

“Ini juga sebagai tanda sokongan moral kepada pelajar bahawa mereka tidak sendirian dan masih ada yang prihatin,” jelas beliau.

Katanya, mereka bakal menerima kira-kira 30 pelajar baharu, sekali gus akan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 60 orang dalam tempoh masa terdekat. Lingkungan pelajar antara umur 8 hingga 17 tahun.

Wakil dari Pusat Jagaan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan, Halimaton Saadiah Mohd Nawawi menyifatkan sumbangan PKNS itu melancarkan

lagi pengurusan mengendalikan seramai 165 orang penghuni melibatkan asrama di Serendah dan Behrang.

Iklan

“Kami asingkan lokasi supaya dapat memberi fokus kepada pembelajaran dan pengurusan mereka memandangkan pendidikan dan cara pemikiran berbeza. Kami juga ingin memfokuskan kepada pembelajaran atas talian dengan menyediakan komputer dan capaian internet,” ujarnya,

Menurutnya, pusat jagaan itu memerlukan sekitar RM200,000 sebulan bagi perbelanjaan makanan, pengurusan dan persekolahan.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI