HIKING adalah antara aktiviti kegemaran pencinta sukan lasak yang sering dilakukan pada setiap hujung minggu.

Aktiviti tersebut bukan saja untuk kekal aktif, tapi kepada ‘kaki hiking’, mereka sanggup mendaki hingga ke puncak semata-mata mahu melihat keindahan alam semula jadi dan mencari kepuasan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Terbaru, putera raja yang memiliki wajah yang tampan dan kacak iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dilaporkan berjaya menawan puncak Gunung Tahan di Lipis, Pahang sekali gus menjadikan baginda putera raja pertama yang berjaya jejak kaki ke puncak gunung tersebut.

Untuk makluman, puncak Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan berketinggian 2187 meter dari aras laut yang terletak di Taman Negara Pahang antara lokasi wajib yang sering menjadi pilihan ‘kaki hiking’.

Memetik perkongsian House of Pahang di laman Facebook yang dimuat naik beberapa hari lalu, baginda menjayakan ekspedisi memanjat gunung tertinggi di Semenanjung itu menerusi program Eksesais Kembara Makmur yang melakukan pendakian selama empat hari bermula 1 Ogos lalu.

Putera raja pertama hiking di Gunung Tahan, Tengku Hassanal dipuji warganet

Program tersebut turut disertai pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz selain pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).

Iklan

Setinggi-tinggi ucapan tahniah!

“Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat berbangga mempunyai seorang pemangku raja yang begitu cintakan negeri dan ingin menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini. Daulat Tuanku,” tulis kenyataan tersebut di laman Facebook.

Sementara itu, menerusi laman Instagram, posting gambar Tengku Hassanal yang berada di puncak gunung yang dimuat naik oleh baginda sendiri kini dihujani ucapan tahniah daripada rakyat yang turut berbangga atas kejayaan baginda.

Posting tersebut sehingga artikel ini ditulis telah mendapat lebih 41,000 tanda suka dengan ratusan komen.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

I’m Here

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

Semoga Tengku Hassanal terus aktif dan diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.