Rakam Merc klasik di jalanan, lelaki terkejut kereta dipandu mantan MB Negeri Sembilan

KERETA klasik ada peminatnya tersendiri. Walaupun dari jenis dan model lama, jika pandai menjaga pasti tinggi nilai pasarannya.

Apabila berada di atas jalan raya, pastinya mata tidak terlepas memandang pada badan kereta klasik yang sememangnya nampak unik.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki bersama rakannya merakam sebuah kereta Mercedes klasik yang sedang dipandu di jalan raya.

Pengguna Facebook Rizz Mahadi dan rakan kemudiannya cuba mengekori sambil merakam model Mercedes  yang mereka jumpai.

Semakin dekat, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati pemandunya ialah mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau kelihatan tersenyum tatkala aksinya dirakam.

Video yang berdurasi 17 saat itu dikongsikan dalam grup ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-rata memberikan pelbagai reaksi kepada anak jati Kampung Kundur Hilir, Negeri Sembilan yang dikenali dengan panggilan Tok Mat itu.

– “Fuhhh steady Tok Mat.”

– “Padu Tok Mat.”

– “Awesome.”

– “Orang lama.. Kereta pun old school..”

– “Man of Culture.”

– “Lawa betul kereta dia.”

Gambar hiasan.

Tok Mat cukup dihormati dan disenangi oleh orang ramai malahan dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga adalah teknokrat yang berjaya.

Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad selama sepuluh tahun iaitu dari 1994 hingga 2004.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Kereta Sebelum Tahun 2000