Ramai prihatin nasib penuntut 'terkurung'

No Image Caption
A
A
A

COVID-19 sememangnya menimbulkan banyak impak terutamanya pada kesihatan. Justeru itu langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya bagus dalam membendung masalah itu.

Bagaimanapun, bagi sesetengah golongan yang mempunyai kekangan, pastilah berdepan sedikit kesulitan, terutama dalam hal untuk mengisi perut. Golongan penuntut kolej dan universiti turut tidak terkecuali.

Bagaimanapun syukurlah ramai masyarakat sekitar yang prihatin dengan nasib mereka.

Terbaharu, pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang sedang melalui detik Perintah Kawalan Pergerakan yang tinggal di luar kampus dan dalam kampus mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan dari PSA.

Bantuan tersebut adalah sumbangan dari Pusat Islam PSA, NADMA, Lembaga Zakat Selangor, Food Bank KPDNHEP, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan, derma perseorangan dan komuniti setempat.

Semalam, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Zalina Ismail bersama empat kakitangan lain turun padang mengagihkan keperluan asas berupa makanan kering dan bahan mentah kepada 274 penuntut yang menetap di rumah sewa sekitar PSA iaitu Taman Tun Dr Ismail Jaya.

SEBAHAGIAN pelajar yang menerima bantuan yang disampaikan.

Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail berkata, bantuan seperti itu sangat diperlukan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan demi meneruskan hidup dengan sihat dan selesa.

“Kebanyakan pelajar memerlukan bantuan dalam mendapatkan bekalan makanan kering dan mentah pada masa ini. Dengan adanya sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka."

“Keprihatinan kerajaan, Lembaga Zakat Selangor, KPDNHEP, NADMA, syarikat swasta, komuniti setempat, NGO dan individu terhadap kesusahan pelajar PSA dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini sangat dihargai.

“Ia juga menzahirkan sifat tanggungjawab dan keprihatinan pihak komuniti terhadap kebajikan penuntut yang berada jauh dari keluarga mereka dalam tempoh yang mencabar ini. Saya yakin dengan adanya pelbagai bantuan kepada pelajar PSA seperti hari ini akan mengurangkan kerisauan ibu bapa di kampung memikirkan nasib anak-anak mereka di sini,” katanya hari ini.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSA turut bersama PSA dengan memberikan bantuan barang dapur seperti beras, sardin, tepung, minyak masak, biskut, gula, teh, mee segera dan telur kepada pelajar yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di luar kampus.

Selain bantuan makanan kering dan mentah, PSA turut menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengedar cecair pembersih tangan dan topeng muka kepada pelajar yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan melalui Unit Bergerak Kesihatan, PSA.

Usaha itu dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa dalam keadaan sihat dalam waktu kawalan pergerakan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca