Ramai tidak tahu isteri boleh saman perosak rumah tangga, ini penjelasan peguam

BERSAMA Peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf 

SOALAN

Pengkhianatan suami yang bermain kayu tiga dengan isteri orang selama hampir tiga tahun membuatkan saya sudah tawar hati.

Bukannya tidak pernah cuba untuk mempertahankan rumah tangga dan menasihatkan si suami supaya berubah demi anak-anak, namun sikap acuh tak acuh dan mementingkan diri membuatkan luka saya semakin parah.

Justeru, saya nekad untuk bercerai. Pada masa sama, bolehkah saya menyaman orang ketiga yang merosakkan rumah tangga saya?

JAWAPAN:

Pertama sekali, saya ingin menasihatkan para isteri atau mana-mana pengadu supaya jangan mengambil tindakan melulu terhadap orang ketiga yang dikatakan merosakkan rumah tangga anda.

Lebih baik salurkan aduan secara rasmi dengan mengisi borang aduan di pejabat agama Islam berhampiran.

Iklan
Iklan

Jika mempunyai bukti kukuh seperti rakaman televisyen litar tertutup, video, foto, resit hotel waima tiket penerbangan, bawalah ke sana (pejabat agama) bagi menguatkan lagi dakwaan.

Pegawai agama yang bertanggungjawab akan membuka kertas siasatan. Jika semua bukti mencukupi, kes akan dirujuk ke pihak pendakwaan jenayah syariah.

Jika disabitkan kesalahan mengikut akta bagi negeri-negeri berkaitan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 hingga RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi setahun hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiga jenis kesalahan yang boleh kita saman kepada orang ketiga adalah seperti menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut, memaksa atau memujuk suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab.

Dari segi hukum syarak, saya mentakrifkan orang ketiga itu sebagai perosak rumah tangga dan hukumnya haram kerana memutuskan silaturahim di antara suami isteri.

Orang ketiga ini boleh diistilahkan sebagai individu (skandal) suami isteri, kaum kerabat dan orang luar.

Pun begitu, terdapat juga kes yang tiada bukti kukuh, sekali gus menyebabkan kes ditutup tanpa sebarang siasatan lanjut.

Baca juga Wanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga – Peguam

Keadaan itu tidak dinafikan membuatkan si isteri berbelah bahagi. Barangkali disebabkan faktor tersebut, tidak ramai mahu tampil membuat laporan terhadap orang ketiga.

Bagi si isteri yang masih sayangkan rumah tangganya, saya mahu mereka memahami hak sebagai isteri dan anak-anak.

Apa yang boleh dilakukan adalah memfailkan hak tuntutan nafkah diri dan anak-anak agar tidak terus diabaikan.

Melalui pengalaman saya, lazimnya si isteri sanggup memaafkan suami yang melakukan kesilapan sekali dua, namun bagi suami yang masih tidak berubah dan mengulangi jenayah syariah, akhirnya si isteri terpaksa menuntut cerai.

Seperkara yang saya ingin ingatkan, jangan sesekali mendedahkan kes kecurangan suami atau orang ketiga dalam media sosial. Dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu bagi mengelakkan aib pada kemudian hari.

Selain itu, saya menasihatkan kepada wanita yang berdepan situasi seperti ini supaya jangan mempercayai 100 peratus maklumat yang disampaikan oleh pihak ketiga.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lebih baik pengadu menyiasat terlebih dahulu dan dapatkan bukti sahih agar boleh digunakan untuk pendakwaan di mahkamah.

Sekali lagi ingin saya tegaskan, penting untuk wania arif dan ambil tahu hak-hak sebagai isteri supaya boleh melakukan tindakan seterusnya demi memelihara kebajikan diri dan anak-anak.

Ingat, tindakan pendakwaan termasuk saman orang ketiga atau suami sendiri sebenarnya bukan untuk mengaibkan, namun sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesilapan sama lagi.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

7 mins ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

57 mins ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

1 hour ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

2 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

3 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

7 hours ago