SIAPA yang tidak kenal Datuk Nicol David, salah seorang ikon sukan tersohor dalam kalangan rakyat Malaysia. Popularitinya merentas generasi untuk mendorong dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjaga diri dan keluarga mereka sebaiknya.

Dengan kerjaya skuasy yang mengagumkan selama 19 tahun, Nicol adalah seorang wira sukan negara yang telah mewakili Malaysia di peringkat global. Pencapaiannya itu menjadikannya individu yang disegani dan mempunyai daya tarikan yang mampu mempengaruhi serta menyatukan rakyat Malaysia.

Sepanjang tempoh kegemilangan kariernya, Nicol menguasai kedudukan global dengan merangkul Gelaran Dunia sebanyak lapan kali. Beliau memegang kedudukan di tangga Nombor 1 Dunia selama 109 bulan berturut-turut!

Nicol memenangi Gelaran Dunia pertamanya pada usia 15 tahun, menjadikannya atlet Malaysia pertama yang dinobatkan gelaran tersebut seawal usia itu.

Selain itu, Nicol terpilih sebagai G.O.A.T (Greatest of All Time) oleh peminat sukan dan skuasy – suatu penghargaan yang dianugerahkan buat atlet yang telah merangkul sembilan Gelaran Asia.

Setelah mengumumkan persaraannya pada tahun 2019, kedudukan Nicol sebagai contoh teladan kepada segenap lapisan rakyat Malaysia tetap kukuh sehingga kini.

Beliau terus menyumbang kepada arena sukan dan pada masa yang sama, memperkasakan generasi muda untuk kekal cergas dan aktif.

Sebagai ikon sukan yang terkenal, Nicol tidak asing lagi dari topik kesihatan dan kecergasan, malah perjalanannya dalam dunia sukan bertepatan dengan peranannya sebagai duta dalam menggalakkan rakyat Malaysia meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Teruskan misi

Terbaharu, sebuah syarikat insurans berganding bahu bersama Datuk Nicol David, yang dilantik sebagai duta syarikat itu bagi meneruskan misinya untuk membantu rakyat Malaysia hidup ke arah ‘Lebih Sihat, Berpanjangan, dan Bermakna’.

Nicol akan memainkan peranan aktif dalam mempromosikan usaha syarikat insurans terkemuka tersebut untuk mempertingkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka berdasarkan prinsip-prinsip utamanya iaitu badan sihat, diet sihat, rohani sihat serta perancangan sihat.

Mengumumkan kerjasama itu hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Ben Ng, berkata, pihaknya amat berbesar hati mengalu-alukan Nicol yang telah banyak memberi kesan positif terhadap dunia sukan global.

“Kerjasama ini tepat pada masanya, yang mana terdapat peningkatan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan media kepada SinarPlus hari ini.

Iklan

Sementara itu, Datuk Nicol David menyifatkan, kesihatan sentiasa menjadi keutamaannya, sama ada dalam kerjaya profesional sebagai seorang atlet, mahupun untuk keyakinan peribadinya sebagai seorang individu.

Disebabkan itu beliau berbesar hati menyokong inisiatif agar rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

“Saya juga cukup teruja menjadi sebahagian daripada komuniti AIA Vitality – saling memberi motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan masing-masing dan terus memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai program bermanfaat ini,” katanya.

Nicol juga akan memainkan peranan khusus dalam mempromosikan AIA Vitality, sebuah program perubahan tingkah laku unik AIA yang membolehkan individu mengawal kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan mereka.

Iklan

Bersama-sama dengan AIA, Nicol akan membantu inisiatif ini untuk mendorong dan memotivasikan ahli AIA Vitality serta rakyat Malaysia dalam membuat pilihan yang positif dan sihat setiap hari – agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Nicol juga akan menyokong beberapa aktiviti komuniti dan perniagaan penting syarikat insurans itu dalam memaparkan dan menunjukkan manfaat yang dapat diperoleh dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Maklumat lanjut mengenai pengumuman dan inisiatif terbaru AIA, layari www.aia.com.my