TRAGEDI banjir besar pada tahun 2014 sememangnya banyak menduga Gayah Yazid, 55.

Pun demikian, di sebalik keperitan yang diharunginya, terselit rezeki yang beliau tidak pernah duga.

Masakan tidak, Gayah atau mesra disapa Umi berjaya mencipta kejayaan manis bersama produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, NIMS ADELICIOUSZ.

Gayah Yazid.

“Ketika bah melanda negeri Kelantan, keadaan memang sukar digambarkan. Bayangkan, ketika anak saya, Kak Nim (pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman) membawa satu lori stok NIMS ADELICIOUSZ ke Kelantan, ia mengalami masalah.

“Habis semua produk tersebut tidak boleh digunakan. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami masa itu apabila produk tidak boleh dijual,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Umi berkata, ketika musibah berkenaan berlaku, beliau hanya berniaga secara sampingan dan tidak berapa aktif dengan bisnes tersebut kerana mempunyai kerjaya lain.

Justeru, sekiranya beliau menerima tempahan daripada pelanggan, Umi akan meminta bantuan anak-anaknya untuk menguruskan semua penghantaran.

Namun begitu, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu telah membuka lembaran yang lebih indah kepadanya.

Hadiah rumah

Daripada berniaga secara sambilan, Umi mengambil keputusan untuk membabitkan diri sepenuhnya dalam perniagaan NIMS ADELICIOUSZ.

Percaturan itu sangat membuahkan hasil kerana perniagaanya semakin hari semakin berkembang

“Alhamdulillah, Umi tidak sangka dengan rezeki kurniaan YANG MAHA ESA. Syukur sangat kerana Umi dapat menjual lebih daripada 2,000 karton dalam tempoh cuma satu bulan,” ujarnya.

Malah Umi  yang tidak pernah bermimpi untuk mendapat keuntungan yang sangat lumayan iaitu menjangkau lebih RM30,000 sebulan hasil keringatnya sendiri.

Iklan

Lebih manis, hasil keuntungan yang diperolehnya itu, beliau berjaya menyelesaikan bayaran pinjaman kedai pertama dan kedua pada tahun 2019 hingga 2020.

“Umi juga telah melangsaikan pinjaman persendirian dengan menggunakan keuntungan hasil jualan produk NIMS ADELICIOUSZ pada tahun lalu,” katanya dengan nada penuh ceria.

Pada masa sama, wanita itu turut menyimpan satu hajat besar iaitu ingin membeli sebuah rumah sendiri di Kuala Lumpur memandangkan lima orang anaknya kini tinggal di ibu kota.

Iklan

“Rupa-rupanya anak Umi, Kak Nim telah terdengar luahan hati Umi. Umi betul-betul tak sangka beliau telah menghadiahkan sebuah rumah kepada Umi baru-baru ini sempena sambutan ulang tahun kelahiran Umi pada 24 Januari lalu.

“Ya ALLAH, terima kasih Kak Nim atas hadiah tersebut, Umi sangat terharu dan menghargainya. Sebelum ini, Umi pernah hadiahkan ibu Umi dengan sebuah rumah dan inilah ganjaran yang ALLAH kirimkan kepada Umi semula,”  tuturnya yang mengakui dirinya sangat bertuah.

Mengenai Peraduan PKPNimsXSinar yang bermula pada 1 Februari lalu hingga 14 April depan, Umi memberi galakan kepada orang ramai untuk menyertainya.

“Buat masyarakat di luar sana, jom sertai peraduan yang dianjurkan terutamanya kepada mereka yang sebelum ini hilang sumber pendapatan dan tidak mempunyai pekerjaan termasuklah mereka yang telah dibuang kerja. Mana tahu, rezeki anda di sini,” sarannya.

Kepada para pembaca Sinar Harian yang berminat menyertai peraduan PKPNimsXSinar, anda diminta sentiasa peka dengan perkembangan NIMS ADELICIOUSZ di Sinar Harian dan di platform media sosial akhbar ini setiap hari.