BAYANGKAN hanya ada dua baju kemeja sahaja sebagai pakaian rasmi ke kelas.

Berbanding dengan rakan-rakan sebaya atau remaja yang lain, pasti berlambak stok baju yang dibawa ke asrama untuk dipakai untuk tujuan rasmi atau sebagai basahan.

kisah kemeja

Seperti yang diceritakan oleh seorang kaunselor yang dikenali sebagai Saidatul Nadia Sulaiman, pelajar berkenaan sanggup basuh kemeja yang bakal dipakainya esok agar bersih dan wangi pada setiap hari.

Kalau satu baju kotor, satu lagi ada sebagai pengganti. Barangkali tidak mahu menyusahkan orang, pelajar itu mengenakan pakaian yang beliau ada tanpa perlu meminta-minta dekat orang lain.

Lebih menyedihkan kata Saidatul Nisa, baru-baru ini salah satu baju kemejanya koyak gara-gara terkena saterika panas. Aduh! Kasihankan adik tu? Pasti pening dibuatnya apabila hanya tinggal sehelai kemeja sahaja.

kisah kemeja

Berikut adalah petikan kata-kata wanita itu yang dimuat naik olehnya menerusi akaun Facebooknya:

Kisah inspirasi pelajar saya.

Pelajar saya mendaftar dengan dua kemeja, setiap hari selepas habis kelas petang, rutin hariannya ialah membasuh baju, satu pakai satu basuh sehinggalah habis hujung minggu…

Nak jadi cerita satu baju rosak kena iron panas, tinggallah sehelai baju yang diulang pakai walaupun masih basah di awal pagi, pelajar tak meminta-minta pun kepada saya.

Banyak kali saya panggil pelajar atas keperluan yang lain tapi dia tak hadir, Allah hadirkan saat betul-betul dia memerlukan. Insya-ALLAH

Iklan

kisah kemeja

Terima kasih kepada mentor yang menyumbang. Semoga dengan sedikit sumbangan, jadi celik akal untuk pelajar saya cipta kejayaan dirinya.

Rakan-rakan carilah kebaikan walaupun sebesar zarah di sekeliling kita. Moga hati kita tenang dan penamat kita redha dan syurga ALLAH.

Rata-rata pengikutnya dalam Facebook terharu dengan kisah yang dikongsikan dan masing-masing memanjatkan kesyukuran apabila keperluan pelajar tersebut dapat dipenuhi.

Iklan

“Syukur ada insan yang baik hati.” – Rina Mayang

“Terima kasih Cg. Nadia. Moga Allah membalas dengan kebaikan buat cg sekeluarga.” – Rodhiyah Ahmad

“Sedihnya..semoga Nad kuat dan tabah dalam tugas..❤.” – Farazaidon Fara️

Tabahkan adik ini? Semoga dipermudahkan segala urusan pelajaran dan cemerlang. #janganputusasamalaysia