BAYANGKAN ketika hujan yang lebat, tiba-tiba beberapa dahan dan daun pokok yang besar jatuh menyembah bumi di satu jalan raya yang sibuk dengan lalu-lalang kenderaan.

Akibatnya, dua daripada tiga lorong jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Jika korang sedang berada dalam situasi  itu, sanggupkah untuk turun dari kereta dalam keadaan hujan lebat bagi mengalihkan dahan jatuh berkenaan?

Namun begitu, itulah yang dilakukan seorang pemuda ini. Kelihatan seakan tidak peduli dengan keadaan hujan lebat dan guruh, beliau turun dari kereta dan membantu untuk mengalihkan dahan pokok tersebut.

Tak kecoh pun nak tunggu pihak berkenaan untuk mengalihkan dahan pokok yang tumbang dari rizab pembahagi jalan itu.

Tindakan yang sangat proaktif itu secara tidak langsung membantu pengguna jalan raya yang lain. Itulah yang menyentuh hati netizen yang menonton rakaman video pemuda itu.

Inisiatif pemuda dipercayai berbangsa India itu mendapat pujian ramai warganet.

Tular sejak beberapa hari lalu hingga ke hari ini, ramai yang berharap lebih ramai lagi yang bersikap bertanggungjawab dan prihatin sepertinya.

 

Antara pujian warganet:

Bagusnya budak India ini. Gembira melihat semangat perpaduan yang mementingkan Keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Mmg terbaik.. demi keselamatan jalan raya.. Syabas saudara

Ini mcm la Kita mau.tolong mmudhkn org ln.pnguna jlnraya.dlm ujan pon sngup klur alihkn pokok yg jtuh itu..gd boy.

Ab Majid Contoh rakyat yg bagus peka kpd keselamatan pengguna jalan raya, syabas pemuda ini

Syabas saudara. kite semua sama.tak kira apa bangsa. semoga akan menjadi teladan buat kite.

Kita india ,melayu, cina jangan-jangan terperdaya dgn orang politik atasan yg selalu mencetuskan isu perkauman.great bro.

SinarPlus cuba menjejaki sumber asal video berkenaan dan tarikh rakaman yang dipercayai kejadian di Lembah Klang itu, namun setakat ini belum diperolehi.

Bagaimanapun yang pasti tindakannya memang patut dipuji dan dicontohi oleh insan lain terutama dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. -AG #janganputusasamalaysia