KALAU sy rakyat jelata, i’d be more than proud to say “i stayed at home like a responsible citizen should”. Tapi sy doktor, freelance pulak tu takkan sy nak tengok je rakan sejawat sy bertungkus-lumus sedangkan sy duduk rumah ber-dalgona coffee?”

Itu tulis Dr Say atau pemilik nama sebenar Muhammad Shazril Shaharuddin yang juga doktor popular ini di Instagramnya semalam.

Terdahulu, Dr Say turut dinasihati ibu bapanya yang risau beliau akan bertugas sebagai sukarelawan dalam membantu petugas barisan hadapan kesihatan berdepan risiko merawat pesakit Covid-19.

Orang tuanya itu mengingatkan Dr Say bahawa tugasnya itu nanti berbahaya. Tambahan mempunyai isteri dan anak yang masih kecil.

Itu nasihat kedua orang tuanya sebulan lepas, sebelum beliau mengisi borang untuk menjadi sukarelawan.

“Sy bagitau parents sy dahulu akan niat sy untuk volunteer & mereka terus reject.

Sy tahu sy patut dengar nasihat ibu bapa sy tapi kalau one day sy ditanya “Where were u when your country need u most?” apa sy nak jawab peeps?

Pagi semalam sy mesej parents sy yg sy akan memulakan misi sukarelawan bersama @mercymalaysia. Pantas mak sy reply “Praises to your kind volunteerism. Just make sure you take very2 good care of yourself. Plz keep in touch and let us know your where about. Love you”

Berair mata sy peeps. Bayangkan parents sy yg pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan sy & orang sekeliling sy akhirnya akur dengan keputusan sy, ia cukup bermakna buat sy. Kerana sy tahu pasti kita semua dah penat & meluat dengan COVID ni.

Kita nak dia berakhir dengan cepat supaya kita dapat berjumpa yg tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa & beraya bersama. Tapi selagi COVID masih ada, sy tahu kita tak berani nak merisikokan kesihatan orang tua kita.

Maka here i am, answering my nation’s calling. I am not a hero but i am proud to say i am here when my country need me the most!

Nah… begitu semangat Dr Say. Harapnya lebih ramai doktor muda yang bukan dalam kalangan petugas awam yang sanggup berkorban untuk negara.

Terdahulu beliau turut berkongsi dirinya dengan baju PPE di tempatnya bertugas di suatu lokasi sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Terpanggil membantu

Siapa yang tak sayangkan kawan-kawan seangkatan, apatah lagi negara sendiri bukan? Jika melihat teman kita dalam kesusahan tentu kita terpanggil untuk membantu.

Iklan

Bahkan bayangkan, jika tanah tumpah darah kita terkesan dek sesuatu perkara umpama pandemik Covid-19 pada masa kini, takkan tak ada rasa sekelumit langsung hendak menolong?

Jika kebanyakan kita sebegitu perangainya, punahlah negara!

Sebagai rakyat misalnya pada tempoh PKP ini, sudah tentulah dengar kata supaya hanya duduk di rumah bagi memutuskan rantaian virus jahat sudah amat membantu.

Agak menyentuh hati dalam ‘kes’ Dr Say ini… biarpun mempunyai pilihan untuk tidak membantu petugas barisan hadapan, beliau tidak memilih berbuat demikian.

Iklan

Biarpun dilarang oleh ibu bapa sendiri untuk ‘menyerah diri’ bertugas membantu anggota barisan hadapan kesihatan dek kerisauan anak bongsu daripada tiga beradik itu berdepan risiko, ia tidak dipedulikan.

Buat yang masih tidak berapa tahu latar belakang beliau, selain punya profesion dan aktif dalam bidang peragaan, Dr Say juga pernah memenangi beberapa pertandingan badan cantik suatu ketika dahulu.

Beliau juga aktif dalam bidang modeling untuk iklan dan komersial.

Harap lebih ramai rakyat kita yang bukan hanya rupa, perangai baik pun bleh tahan!

Semangat hendak membantu hingga tidak mempedulikan minuman menjadi kegilaan untuk dicuba buat di rumah masa tempoh PKP ini. Ibarat berkata dalam hati … ‘Dalgona coffee…ada aku peduli…?’. -AG