SAYUNYA kisah anak kecil ini, maut di tangan penjaga yang diamanahkan oleh ibu bapanya. Usianya baharu tiga tahun namun terpaksa berdepan kekerasan, dipercayai angkara kenalan bapa dan pembantu rumahnya.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikianlah peribahasa yang menceritakan keadaan kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai didera di Johor Bahru ini. Penjaga yang menjadi orang kepercayaan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Lebih memilukan,  ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa meninggalkan anak mereka demi mencari rezeki. Bapa kanak-kanak itu bekerja di Singapura manakala ibunya di Yong Peng, Johor.

Baca juga: 17 kanak-kanak maut rusuhan bola sepak Indonesia, 6 info kesan gas pemedih mata

Kredit foto: Bernama

Berikut 10 fakta berkaitan:

1-Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kejadian berlaku di rumah rakan lelaki bapa mangsa berusia 28 tahun, manakala pembantu rumah wanita warga Indonesia berusia 40 tahun.

2-Kanak-kanak malang itu dan adiknya yang berusia setahun berada dalam jagaan suspek berkenaan setelah bapanya meminta bantuan daripada lelaki terbabit.

3-Mangsa dan adiknya jagaan suspek yang merupakan seorang jurujual sejak tiga bulan lepas.

4-Ibu bapa mangsa meninggalkan dua anak mereka di rumah suspek dengan bayaran RM2,800 sebulan sejak tiga bulan lepas.

Baca juga:Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Kredit foto utama: Pixabay

5-Hasil siasatan awal polis mendapati beberapa kecederaan pada tubuh kecil itu antaranya lebam dan luka. Bagaimanapun laporan menyeluruh hanya akan diketahui selepas bedah siasat.

6-Menurutnya Kamarul Zaman, siasatan awal mendapati suspek lelaki itu didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

7-Pembantu rumah itu pula telah ditahan di kediaman lelaki berkenaan pada tengah hari.

8-Kes berkenaan masih dalam siasatan. POlis akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak dengan turut dibantu oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian.

9-Kamarul Zaman menjelaskan adik kanak-kanak berkenaan yang yang berusia setahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

10-Jasad anak kecil dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Lazimnya kanak-kanak berusia tiga tahun sedang aktif menerokai pelbagai perkara dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Warga maya meluahkan kesedihan dan mendoakan agar kematian si kecil itu diadili sewajarnya.

– “Kes dera tidak pernah habis, kanak-kanaklah yang jadi mangsa.”

– “Selagi tiada tindakan tegas. Moga pelaku diberi balasan setimpal.”

– “Semoga kes disiasat sewajarnya dan pelaku yang didapati bersalah diberi hukuman setimpal.”

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

TIP ELAK PENDERAAN KANAK-KANAK

Iklan

MyHealth KKM mencadangkan empat panduan bagi mengelakkan anak menjadi mangsa penderaan.

Ibu bapa dinasihat melakukan perkara berikut ketika memilih pengasuh atau pusat penjagaan:

1-Berhati-hati apabila memilih atau mengambil pengasuh kanak-kanak. Ambil masa untuk membuat tinjauan sebelum membuat keputusan.

2-Pastikan anda mendapatkan nama penuh mereka (pengasuh) dan sekiranya perlu, minta rujukan daripada orang lain.

3-Pilih pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan mempunyai penjaga yang terlatih.

4-Dapatkan orang dewasa lain seperti ahli keluarga anda contohnya nenek untuk memantau. Anda juga boleh memasang CCTV sekiranya menggunakan khidmat pembantu rumah.

Jika anda mengetahui atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya, berisiko untuk didera dan diabaikan, laporkan kepada pegawai pelindung kanak-kanak (JKM) atau hantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.

Iklan

Sekiranya ingin identiti dirahsiakan, anda boleh menghubungi Talian Nur 15999.

Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua agar mengambil tahu keadaan anak ketika dalam jagaan pengasuh.

Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah

Sumber: Bernama, 1, MyHealth, 1

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi