‘Selamat hari raya Appa.’ Viral wanita India ziarah kubur bapa sempena Aidilfitri runtun hati warganet

SELAMAT hari raya Appa.

Demikian coret wanita berbangsa India, Janaki buat arwah bapa tercinta, Mohd Ja’far Abdullah tatkala menziarahi pusara lelaki itu.

Kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2019, kubur dan batu nisan diziarahinya indah ditumbuhi pokok melur yang merimbun.

Janaki menerusi video berkenaan berkongsi bapanya memeluk Islam sejak beliau remaja.

Susulan keputusan itu hubungan keluarga mula berantakan.

“Banyak cabaran semasa itu, tidak dapat terima kenyataan.

“Terlalu banyak pergaduhan dan air mata. Tetapi lama-kelamaan kami sekeluarga reda,” cerita Janaki.

Biarpun sudah berlainan agama dan kepercayaan, air dicencang tiada putus.

Janaki untuk terus menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan bapa tercinta sehingga lelaki itu pergi buat selama-lamanya 30 Januari 2019.

Iklan
Iklan

Baca juga: Viral suami isteri berbangsa Cina bersih kubur & batu nisan, rupanya ini cerita sebenar

Baca juga: Warganet pilu titipan Ustaz Farid Ravi buat arwah isteri. ‘Semoga Abah kuat jaga hadiah Ummi 6 orang dengan baik’

“Sebagai seorang Muslim, bapa tidak pernah berdakwah kepada kami.

“Tetapi bapa tunjukkan amalan sebagai seorang Islam. Tidak pernah tinggalkan solat dan puasa. Bahkan, dia bangga berketurunan India.

“Itu yang membuatkan kami sangat menghormati bapa dan kehidupan barunya,” ujarnya.

Usahawan dalam talian itu turut berbakti kepada bapanya sehingga bapa meninggal dunia.

“Saya dan suami menguruskan semua urusan pengebumian bapa secara Islam dan bangga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.

“Bapa tidak pernah membandingkan agama masing-masing. Semasa arwah masih hidup bapa bnyak berusaha memperbaiki hubungan kami sekeluarga,” ujarnya.

Baca juga: ‘Kebahagiaan semudah itu, terima kasih ayah-ayah’ Pasangan India suka ronda bazar Ramadan buat ramai terhibur

Baca juga: Kereta ‘buat hal’ hampir waktu berbuka, wanita India terharu tindakan jemaah surau di Ampang

Janaki juga menitipkan harapan agar perpaduan antara kaum terus dikekalkan.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia walaupun berbeza bangsa saling menghormati kehidupan antara satu sama lain adalah penting,” ujarnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang mengakui turut tersentuh dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan Janaki dan keluarga buat bapa tersayang. Ujar mereka:

– “Mulianya hati Puan sebagai seorang anak.”

– “Al-Fatihah untuk Pakcik Jaffar. Take care kakak. You’re a very good daughter.”

– “Menitis air mata saya, semoga arwah ayah puan ditempatkan bersama orang beriman dan dimasukkan ke syurga.”

– “Janaki, anda buat saya menangis. Appa beruntung ada anak hebat macam awak. Al-Fatihah buat arwah Appa. Moga ditempatkan dalam syurga tertinggi-NYA, aamiin.”

– “Anak dan menantu yang terbaik. Sentiasa mengingati seorang bapa walaupun berlainan agama.”

– “Hubungan sebagai anak sampai bila-bila tidak akan putus walaupun berbeza agama. Ayah tetap ayah. Semoga kakak dan suami di murahkan rezeki.”

– “Mesti arwah ayah puan berbangga dengan anaknya. Tetap sayang dan ziarah kuburnya.”

Baca juga: Inspirasi! Ibu mentua masak sahur & berbuka untuk anak menantu walau beza agama, perkongsian doktor wanita ini buat ramai tersentuh

Baca juga: ‘Manjanya, jaga penuh kasih sayang.’ Anak menangis enggan pulang, rapat dengan pengasuh India raih pujian ramai

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

2 hours ago

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

9 hours ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

10 hours ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

11 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

12 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

14 hours ago