PERSONALITI televisyen, Ras Adiba Radzi yang proaktif menjadi ‘suara’ golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.

Detik istimewa tersebut berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Wanita berusia 51 tahun yang bersifat cekal, berani dan berkredibiliti itu memegang jawatan terbabit dalam tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari sebagai mewakili golongan OKU.

Menurut Ras Adiba yang memiliki pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran lebih tiga dekad menyifatkan pelantikan berkenaan merupakan penghormatan kepada industri media negara.

Dalam pada itu, Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral dan atlet paralimpik negara tersebut turut memberitahu, bermacam-macam perkara bakal diusulkan antaranya berkaitan pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan OKU tempatan.

ras adiba
RAS ADIBA yang merupakan Presiden OKU Sentral berusaha untuk membela nasib golongan OKU dari segi pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur.

“Saya tidak sabar untuk turun padang dan berjuang membantu pelaksanaan Akta OKU termasuk isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU,” kata anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor seperti dipetik Bernama.

Selain itu, sebagai bekas warga media beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Justeru, dengan pelantikan Ras Adiba sebagai senator hari ini diharapkan ruang, suara dan kebajikan para OKU terbela serta didengari di peringkat tinggi.

Iklan

Mereka juga berhak menikmati hidup sama seperti insan normal yang lain. Hentikan diskriminasi kerana tindakan tersebut mengundang gaya hidup tidak sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Artikel berkaitan: Ras Adiba kongsi makanan kering

Iklan

Untuk rekod, kondisi bekas personaliti TV3 itu mula merosot selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1996 sehingga terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

Kemudian, beliau disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2002.