KEMARAU pingat di temasya Olimpik Tokyo 2020  berakhir semalam apabila beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara.

Menelusuri sejarah pungutan pingat Sukan Olimpik, beregu badminton negara adalah antara penyumbang utama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Artikel berkaitan: “Usah Kecewa, Olimpik Pertama Kot, Siapa Tak Cemas” – Nasihat Otai Chong Wei

Sebelum itu, beregu lelaki iaitu pasangan adik beradik Datuk Razif Sidek dan Datuk Jalani Sidek melakar sejarah menyumbang pingat sulung negara pada temasya Olimpik iaitu ketika memenangi pingat gangsa di Barcelona 1992.

Ia kemudian diikuti Datuk Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock yang memenangi pingat perak pada Atlanta 1996.

Artikel berkaitan: 33 Minit Zii Jia Benam Perancis, Menang Bergaya. 10 Fakta Jaguh Badminton Ini

Pasangan Tan Wee Kiong dan Goh V Shem pula muncul memberikan kejutan membawa pulang pingat perak sedekad kemudian di Rio 2016.

 

Kemampuan skuad badminton negara tidak dinafikan lagi. Dua pingat perak dibawa pulang lima tahun lalu di Rio 2016 menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Acara perseorangan lelaki turut mengungguli carta pingat Sukan Olimpik negara kita. Datuk Rashid Sidek menjadi pemain badminton pertama yang memenangi acara perseorangan lelaki di Atlanta 1996.

Iklan

 

Kehebatan skuad badminton terus menyinar apabila Datuk Lee Chong Wei yang membawa pulang perak 12 tahun selepas itu pada temasya Olimpik Beijing 2008 dan kemudiannya di London 2012.

Iklan

Semangat jitu dan sentuhan berbisa ‘otai’ ini tidak luntur apabila turut memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Rio 2016.

Baca juga 8 Fakta Menarik Farah Ann Yang Ramai Tidak Tahu, Gimnas Kebanggaan Negara

Selain acara perseorangan, beregu campuran juga mencatat sejarah dalam dunia badminton negara apabila Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memenangi perak di Rio 2016.

Diharapkan kemenangan pingat gangsa pada Tokyo 2020 pada hari ke sembilan sukan berprestij dunia ini menyuntik semangat buat atlet lain yang bakal bertanding sebelum sukan ini melabuhkan tirainya 8 Ogos depan.