SITUASI banjir yang berlaku di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Kenaikan air sehingga ke paras dipercayai tiga meter hingga mencecah siling di beberapa lokasi amat membahayakan mereka yang terperangkap.

Baca juga: Selesai Cuci Rumah Boleh Masuk Kerja, Mangsa Banjir Dapat Cuti Kecemasan, Bantuan RM1,000

Tidak hanya pihak berautoriti seperti bomba, tentera, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), individu dan badan sukarela dari pelbagai lokasi tertumpu ke kawasan berkenaan untuk menyampaikan bantuan kecemasan serta menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut terlibat dalam operasi menyelamat pada sebelah malam.

Susulan situasi terburuk dalam sejarah itu, ‘Sri Muda’ (Taman Seri Muda) menjadi trending di Twitter dengan lebih 800,000 ciapan.

Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara

Paling menyentuh hati orang ramai ialah ciapan kehabisan bekalan makanan dan meminta bantuan dikeluarkan daripada kawasan terbabit.

Lebih menyedihkan ada di antara mereka sudah kehabisan bateri telefon untuk berkomunikasi bagi mendapatkan bantuan serta makluman situasi terkini.

Orang ramai cuba mendapatkan bantuan bagi ahli keluarga dan kenalan yang terperangkap di sana. Tidak ketinggalan kumpulan penduduk berusaha untuk mengumpulkan senarai alamat rumah dan lokasi GPS bagi membantu mereka yang memerlukan.

Iklan

Dalam pada itu, pada sebelah malam, mereka yang terperangkap terpaksa bergelap susulan daripada terputusnya bekalan eletrik. Laungan daripada penduduk yang terperangkap meluluhkan hati pengguna lama sosial Twitter yang turut mendoakan agar mangsa segera diselamatkan.

https://twitter.com/pllsaddct/status/1472560930563059716

Bencana yang menimpa Sri Muda meraih perhatian daripada serata pelosok negara.

Bantuan tiba daripada pelbagai peringkat masyarakat untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Iklan
Kredit foto: Bernama

Tular foto lelaki dikenali sebagai Azwan tiba dari Melaka bersama sebuah bot menghulurkan bantuan di kawasan ditenggelami air itu.

Bencana banjir terburuk di Taman Seri Muda setakat ini mengorbankan empat individu. Mangsa ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas.

Pada tahun 1995, banjir besar pernah melanda Taman Seri Muda di mana seluruh kawasan perumahan berkenaan ditenggelami air setinggi lima kaki.

Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini

Jom follow Sinarplus di Instagram!