Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, 6 info berkaitan

Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, 6 info berkaitan

PENGGIAT media terkemuka, Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

Pelantikan tersebut diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dalam posting tersebut, Fahmi turut merakamkan ucapan tahniah selain mengatakan Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

Iklan
Iklan

“Insya-ALLAH dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia,” tulisnya.

Baca juga Chelsia Ng sedia terima cabaran baharu, sasaran berbeza untuk tahun 2023

Kredit foto: FB Fahmi Fadzil

Sementara itu, berikut info menarik mengenai Suhaimi;

1. Dilahirkan di Melaka pada 15 Mei 1962. Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak, seterusnya menyambung bidang Pentadbiran Perniagaan di Portland State University sebelum melengkapkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti City di Bellevue di Washington.

2. Memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank korporat dan runcit di Bank of Commerce Berhad (kini dikenali sebagai CIMB Berhad) pada tahun 1987. Pada tahun 1990, menyertai saluran televisyen Malaysia, TV3 sebagai seorang wartawan dan penolong penerbit. Jawatan terakhirnya di TV3 ialah Pengurus Pembangunan dan Penciptaan Kandungan, beliau meninggalkan TV3 pada awal tahun 2003.

Baca juga Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN Kategori Digital mendapat sambutan hangat

3. Pada tahun 2007, menyertai satu usaha permulaan untuk melancarkan saluran berita 24 jam pertama Malaysia, Astro Awani, di mana beliau adalah seorang ahli pasukan perintis yang memulakan saluran berita 24 jam pertama di Malaysia.

4. Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.

5. Pada Ogos 2020, Ketua Menteri Sarawak (kini Premier Sarawak), Abang Johari Tun Openg melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group.

6. Pada 24 Februari 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia melantik beliau sebagai ‘Profesor Adjung’ di Pusat Kajian Media & Komunikasi.

Tahniah diucapkan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

Terlantar sejak kecil akibat tersedak susu, ibu mohon bantuan kerusi khas untuk anak OKU

SETIAP kali Ramadan menjelma, jiwa Nur Zulaikha Mohamat Zapiru pasti bersedih. Mana tidaknya, perasaannya luluh…

13 hours ago

Fungsi sistem pencernaan terganggu. Pakar ini kongsi penyakit sering timbul ketika puasa

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, umat Islam yang berpuasa akan mengalami perubahan dalam waktu makan.…

1 day ago

‘What goes around, comes around…’ Rita Rudaini ingatkan kisah bekas isteri Safee Sali, jangan buat-buat lupa

KEMELUT hubungan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip…

1 day ago

‘Hari-hari tanya homework, siapa datang sekolah sebenarnya?’ Luahan guru tular, warganet setuju jangan manjakan anak

GRUP WhatsApp kelas sangat membantu ibu bapa dan para guru. Paling efektif digunakan ketika pandemik…

1 day ago

Siti Nurhaliza bantu ringankan beban pengamal media. ‘Anggap seperti keluarga sendiri, saya rasa terhutang budi’

PRIHATIN dan peka dengan nasib sesetengah pengamal media yang kurang bernasib baik, Datuk Seri Siti…

1 day ago

Ramadan kali ini unik, sibuk promosi jenama wangian sendiri, hari raya masa untuk berehat bersama keluarga – Fazley Yaakob

  "TAHUN ini Ramadan unik kerana buat pertama kali saya menolak beberapa tawaran untuk berada…

1 day ago