PERKONGSIAN seorang pelayar FB, Yanz Hamzah yang kehilangan ibu mentua semalam telah membuatkan ramai yang sayu dan tumpang bersimpati dengan beliau.

“Maafkan yanz mak sebab tak dapat balik nak tatap wajah dan sentuh mak buat kali terakhir. Keadaan tak mengizinkan Yanz jumpa mak.

“Namun Yanz bersyukur dapat juga Yanz tengok wajah mak tika video call dengan Aly (suami), wajah mak nampak tenang. Mak seperti bayi yang sedang nyenyak tidur.

“Semoga mak damai bahagia di perkampungan abadi bersama orang-orang yang solehah. Aamin. Al Fatihah,” tulis Yanz.

Ibu mentua Yanz, berumur 70 tahun telah meninggal di Perak kerana sakit kencing manis. Yanz dan suaminya menetap di Sentul.

Ketika ini perintah kawalan pergerakan masih lagi berjalan. Justeru, hanya seorang sahaja ahli keluarga yang dibenarkan pulang ke kampung.

Tak dapat tatap wajah mak buat kali terakhir

“Dalam keadaan begini, hanya seorang sahaja yang dibenarkan pulang iaitu suami saya. Saya menjaga anak-anak di rumah kami. Kami reda dengan ketentuan ini.

Iklan

“Terima kasih yang mendoakan, semoga Allah berkati hidup kalian juga. Amin,” katanya.

Tujuan Yanz berkongsi cerita ini adalah kerana dia dan keluarganya reda dengan perintah kawalan pergerakan sekarang. Oleh itu, beliau akur dengan perintah tersebut.

Iklan

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata segelintir rakyat Malaysia yang masih degil tidak mahu mengendahkan perintah kawalan tersebut. Ramai yang terkesan jika rantaian ini tidak dapat diputuskan segera.

#StopCovid19 #Stayhome