SIAPA kata jurusolek terkemuka, Datuk Alha Alfa tidak prihatin dengan kebajikan petugas barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus-lumus berkhidmat membendung wabak covid-19?

Beliau juga tampil menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama artis popular, Jihan Muse bagi membantu meringankan beban petugas frontliner.

Prihatin dengan keperluan petugas kesihatan, usahawan kosmetik dengan nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil itu tampil menghulurkan sumbangan penutup kepala pakai buang.

“Saya menggunakan khidmat tukang jahit di seluruh negara yang sudi membantu menyiapkan penutup kepala pakai buang ini bagi kegunaan di hospital.

“Buat masa ini, lebih 3,000 unit berjaya disiapkan memandangkan dalam sehari sahaja, hampir 1,000 unit dapat disiapkan,” katanya yang memaklumkan projek berjalan sejak seminggu lalu.

penutup kepala
LEBIH 3,000 unit berjaya disiapkan memandangkan dalam sehari sahaja, hampir 1,000 unit dapat disiapkan.

Lebih menggembirakan tuturnya, sumbangan penutup kepala itu sudah diagihkan kepada Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Iklan

“Sekarang, sumbangan sama akan diagihkan kepada Hospital Putrajaya dan kawasan Klang. Mungkin jika ada lebih nanti, kita akan agihkan di Kuala Selangor jika diizinkan.

“Kini, kami berdepan dengan kekangan material yang digunakan untuk membuat penutup kepala itu kerana bekalannya agak terhad,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Plus baru-baru ini.

Iklan

Orang ramai yang ingin membantu menjayakan misi bantuan kepada frontliner atau mahu memberi sumbangan penutup kepala pakai buang, boleh merujuk kepada Facebook atau Instagram @alhaalfa untuk maklumat lanjut.