‘Tak seindah disangka’, Shikin Maembong kongsi cerita hidup jadi isteri kedua

BUKAN semua wanita boleh menerima kenyataan yang dirinya dimadukan. Jika ia berlaku, itu adalah ujian yang amat besar untuk ditempuhi.

Seperti yang terjadi kepada kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang tampil berkongsi pengalamannya sebagai isteri kedua dan kehidupan seorang madu.

Katanya, tanggunggjawab sebagai isteri kedua adalah tidak mudah dan perkahwinan kongsi itu bukan sesuatu kelebihan.

Shikin menerusi perkongsian video di TikTok baru-baru ini mengakui dirinya terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa.

“Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir. Sakit pun seorang diri drive (pandu) kereta pergi hospital.

“Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu,” tulisnya.

Baca juga Tak penuhi ‘hajat’ suami 2 kali sehari kerana penat, pelakon dibelasah hingga berlumuran darah

Gambar fail.

Ujar Shikin, bukan hanya itu, dia juga terpaksa mengalah dalam segelintir perkara meskipun isteri pertama menerima atau merestui perkahwinan tersebut.

“Walaupun madu (isteri pertama) terima, tetap kena mengalah kalau laki (suami) tak balik rumah. Solat tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri.

“Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai juga,” luahnya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai, warga maya memberi pelbagai reaksi termasuk mendoakan Shikin terus kuat menerima dugaan dalam kehidupannya.

Ujar mereka;

Iklan

“Bina empayar sendiri. Contented dengan life dan anak committed dengan business dan jaga solat. Jadi wanita yang disegani.”

“Daripada jadi nombor 2 baik hidup single sis, tenang bahagia tanpa masalah orang lain terbeban di kepala.”

Baca juga Baru 4 tahun, anak Betty Rahmat curi perhatian pandai baca al-Quran, taranum

“All the best… move on and stay positive.”

Iklan

“Alhamdulillah fikirkan yang positif aje sis, syukur masih punya suami, di luar sana ramai yang masih mengunggu calon suami yang tak muncul-muncul.”

“Semoga tabah dan lebih kuat selepas ini. Jadikan ini sebagai pemangkin semangat awak.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.