Telatah lucu Chef Wan sakat anak menantu tapau makanan lepas beraya cuit hati warganet

Telatah lucu Chef Wan sakat anak menantu tapau makanan lepas beraya cuit hati warganet

SETIAP kali selepas menyambut hari raya ada-ada sahaja buah tangan yang disediakan oleh ibu bapa untuk dibawa pulang anak menantu.

Seronok tengok anak cucu balik beraya berkumpul bersama-sama, kadang-kadang ibu sengaja memasak juadah Lebaran dalam kuantiti yang banyak untuk anak menantu bawa pulang.

Ikatan kekeluargaan cef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan sering menjadi perhatian ramai.

Baca juga: Putar lagu sedih Chef Wan menangis, warganet kecewa stesen radio kurang prihatin, Haiza mohon maaf

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkongsi anaknya, pengacara dan pelakon Serina dan suami, Meor Mohammad Aidid yang mengemas dan ‘tapau’ makanan yang untuk dibawa pulang ke rumah mereka yang terletak di Perlis.

Iklan
Iklan

Chef Wan berseloroh Serina hanya membawa balik beberapa biji mangga harum manis namun banyak pula makanan yang ‘ditapau’ bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu.

Baca juga: Lama tahan tangisan, talkin dibaca air mata Chef Wan berderai, orang terakhir tinggalkan kubur ibu

“Tengok anak menantu nak balik, macam-macam sedekah. Kek lapis, buah. Kalau lepas ni aku tua nyanyuk kalau tak jaga tak tahulah. Sebab siang-siang dah rasuah coklat. Bawa harum manis dapat serunding, ketupat palas.

“Angkut-angkut, cukup ke tu? Kalau tak cukup boleh hantar lori,” kata Chef Wan menyakat Serina yang sedang mengisi makanan ke dalam beg.

Baca juga: ‘Duit boleh cari, ibu segala-galanya.’Demi Cik Ani, Chef Wan upah jururawat bergaji hampir RM6,000 sebulan

Terdahulu Chef Wan berkongsi tentang cucu-cucunya, yang semakin membesar. Masa berlalu anak-anak Serina iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 13 dan Isabella Saffiya O’luanaigh, 12 semakin membesar. Beliau malah sudah mempersiapkan kuih raya khas buat mereka untuk dibawa pulang.

Baca juga: Sayang ibu, Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

“How time flies sedikit hari cucu-cucu pun dah nak masuk sek menengah.

“Tristan and Isabella said ” Atok we loved your cookies. I said I have a huge basket ready for you to eat them at home. Take them back. Its yours and Isabella to enjoy,” kongsinya yang turut memperuntukkan RM2,000 untuk seorang lagi cucunya, Putri Arianna Natasya, 8. Arianna merupakan cucu daripada anak sulungnya, Chef Riz.

Baca juga: Chef Wan bela Cik Kiah Propa 7 anak

Warganet terharu melihat ikatan kekeluargaan cef selebriti itu dan tersentuh kasih sayangnya sebagai bapa serta datuk  yang tiada sempadan.

– “Begitu baiknya ayahanda terhadap anak dan menantu. Diharap jasamu dikenang dan kasih sayang bapa selama-lamanya. It’s very touching to see the video, tears coming out. Serina, you are daddy’s darling. You have to bear this forever.”

– “Suka tengok chef Wan bergurau dengan anak, betapa kasihnya beliau pada anak-anak tetapi tak tunjuk direct, syukur anak-anaknya dapat bapa baik dan hebat.”

– “ALLAH permudahkan segalanya buat @_chefwan58, dimurahkan rezeki dan bukan hanya wang ringgit tapi merapatkan lagi silaturrahim keluarga tercinta. Alhamdulillah syukur.”

– “Chef Wan berhati baik tiada dendam, ayah yang sentiasa memaafkan dan bersifat penyayang.”

– “Seronok tengok @_chefwan58 & famili. Semoga ALLAH merahmati keluarganya dengan limpahan rezeki dan dipermudahkan urusan.”

Baca juga: Ibu Chef Wan meninggal dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Lagi pokok tumbang di ibu kota, hempap kenderaan di Jalan Pinang

INSIDEN pokok tumbang menghempap kenderaan di ibu kembali berulang apabila sebatang daripadanya dilaporkan berlaku di…

4 hours ago

Elak duduk lama dalam tandas & suka meneran jika tak mahu alami buasir, pakar ini turut kongsikan 8 tip pencegahan

BUASIR atau lebih dikenali sebagai hemoroid, adalah masalah kesihatan yang sering diabaikan dan kurang dibincangkan…

5 hours ago

Tular berkelah & memasak di stesen minyak, sekumpulan anak muda disekolahkan netizen. 5 perkara perlu tahu elak kecelakaan

SEKUMPULAN anak muda bersantai seolah-olah sedang berkelah di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru…

5 hours ago

RMHC Malaysia santuni kanak-kanak istimewa dan keluarga, kongsi keceriaan bulan Syawal menerusi majlis rumah terbuka

PERSATUAN Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) baru-baru ini berkongsi keceriaan Hari Raya Aidilfitri bersama…

6 hours ago

“Segera pulihkan keadaan seperti biasa, tak nak konflik terpalit kepada waris.” Achey Bocey

KONFLIK berpanjangan antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah…

6 hours ago

Bengang jalan raya rosak tak dibaiki, wanita protes, tak geli posing dalam lopak air berlumpur

KEROSAKAN jalan seperti jalan berlubang boleh memudaratkan keselamatan pengguna jalan raya. Bengang kerana sudah lama…

7 hours ago