Terima kasih Abang Posmen

April 30, 2020

SEMALAM tular satu video daripada salah seorang pengguna Facebook, Adella Mohd Noor mengenai barangan yang stuck di Pos Malaysia @ KLIA Terminal.

Video berdurasi 0:12 saat itu seterusnya tersebar di Twitter @kaymanbeaustore sehingga mendapat 20.6 ribu ulang kicau dan 13 ribu tanda suka.

Iklan

“Untuk mana-mana yang tanya kenapa barang still stuck and tak gerak dari KLIA Hub, korang kena tengok video ni.

“Nilah sebab dia ya. Memang banyak barang stuck.

“Harap semua bersabar especially seller dan buyer,” tulisnya.

Iklan

Menariknya, semalam, pihak Pos Malaysia turut sama mengulang kicau video tersebut dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Tulis @pos4you, para pelanggan yang dihargai, Pos Malaysia telah menerima secara lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP.

“Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserahkan kepada penerima.

“Namun, waktu operasi kami adalah tertaluk kepada garis panduan dan pematuhan PKP. Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghantar barangan anda dan berharap agar anda dapat bersabar. Kerjasama anda amat kami hargai,”tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berkongsi pandangan masing-masing dan ada juga yang meluahkan terima kasih kepada mereka.

Antara komen-komennya:

“Terima kasih team Pos Malaysia, saya memahami kekangan yang dihadapi dan juga berharap kebajikan dan keselamatan kakitangan dititikberatkan sepanjang tempoh ini,”.

“Nanti bagi bonus banyak sikit tau kat semua abang posmen and staf lain,”.

“Saya rasa berdosa pula order barang online hmm sorry. Kerja elok-elok ya semua, barang sampai lambat pun takpa saya tunggu,”.

Foto: Facebook Pos Malaysia Berhad