SAYA tabik kepada semua jururawat yang menjalankan tugas berat ini tanpa mengira kondisi kesihatan mereka sendiri.”

Demikian ucapan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram @istana_negara hari ini.

Ucapan manis tersebut dizahirkan sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mac setiap tahun.

Dalam video berdurasi 2.27 minit tersebut Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan penghargaan buat semua jururawat yang ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas berat tatkala negara dilanda musibah virus Covid-19.

“Pasukan jururawat telah menjadi benteng utama untuk barisan hadapan yang membantu negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan termasuk berjuang memutuskan rantaian wabak ini (Covid-19).

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ikhlas daripada hati kerana memahami anda sanggup berkorban nyawa demi menolong mereka yang dijangkiti Covid-19,” titah beliau yang menyarungkan hijab motif bunga rona lembut.

agong
AGONG dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan Selamat Hari  Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei 2020.

Selain itu, baginda juga memanjatkan doa semoga ALLAH semoga melindungi kumpulan jururawat yang begitu ikhlas memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya berdoa semoga anda (pasukan jururawat) sihat walafiat dan tidak dijangkiti. Hanya DIA yang mampu membalas pengorbanan anda semua. Justeru, marilah kita bersama-sama memainkan peranan menghentikan rantaian Covid-19,” zahir Raja Permaisuri Agong yang tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua barisan hadapan yang beragama Islam.

Iklan
jururawat
PASUKAN jururawat sanggup berkorban nyawa memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengendalikan virus Covid-19.

Pada perkembangan berkaitan menerusi Instagram yang sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong juga amat menyanjung tinggi perjuangan para jururawat yang bekerja keras dengan semangat kental sepanjang krisis Covid-19 di negara ini.

Khidmat dan pengorbanan tanpa mengira masa dan penat lelah yang diberikan oleh para jururawat dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 amat dihargai oleh Seri Paduka Baginda Berdua.

Iklan

 

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Jururawat Sedunia Nurses: A Voice to Lead – Nursing the World to Health

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on