SEJAK negara berada pada fasa pemulihan sektor perniagaan, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi mula dibuka semula. Di samping itu, pengembaraan domestik semakin rancak dengan lebih banyak destinasi percutian dibuka kepada orang ramai.

Harapan untuk pulih tidak pernah pudar, namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh petugas barisan hadapan.

Sehubungan itu, TOP berhasrat untuk mewujudkan satu kitaran murni untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha menentang penularan Covid-19 khususnya kepada petugas barisan hadapan (frontliners) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merawat pesakit, pemvaksin dan kakitangan pertubuhan bukan kerajaan.

Baru-baru ini, TOP telah menyumbang sebanyak 17,000 pek prihatin bahan pencuci pakaian Advanced Micro-Clean Tech kepada frontliners yang merawat pesakit COVID-19, pemvaksin di 17 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dan kakitangan di enam Anjung Singgah iaitu pusat intervensi sosial untuk gelandangan.

Kira-kira 96,000 pek bahan pencuci pakaian TOP telah dan akan disumbangkan kepada individu yang telah divaksin, termasuk 6,000 pek yang diperuntukkan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang akan menerima dos pertama vaksin dengan nilai keseluruhan sumbangan melebihi RM424,000.

Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, pihaknya menghargai segala pengorbanan dan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas frontliner.

Justeru, kami ingin menyampaikan rasa penghargaan tersebut menerusi hadiah ini kerana TOP prihatin kepada anda. Pek prihatin bahan pencuci pakaian antivirus TOP Advanced Micro-Clean Tech boleh bertahan selama lebih sebulan bagi sebuah keluarga dengan empat orang isi rumah," katanya sambil memberitahu TOP telah memperkenalkan Bebas Melangkah iaitu sebuah video muzik penghargaan.

Karya yang menyerlahkan peranan dan sumbangan barisan hadapan, kakitangan pemvaksinan dan individu yang memilih untuk mendapatkan vaksin, telah ditulis dan digubah oleh Amy Bong dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Harris.

Mabuchi menambah, pihaknya telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk mengagihkan serbuk bahan pencuci TOP kepada individu yang telah divaksinasi.

TOP juga akan menjalin usaha sama dengan JKJAV untuk menghargai remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima vaksin mereka.

Lakukan ujian Covid-19 kendiri

Kakitangan di enam pusat transit bagi orang gelandangan iaitu di Anjung Singgah, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak juga merupakan golongan yang berisiko yang terdedah dengan virus Covid-19 kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan yang memerlukan.

"Kakitangan di pusat kami sentiasa berhubungan dengan mereka yang didapati positif Covid-19. Malah ada di antara mereka mengenali individu yang telah tewas melawan penyakit ini.

"Kami berdepan dengan risiko setiap hari dan hanya dilindungi menerusi vaksin dan kepatuhan ketat SOP yang telah ditetapkan. Namun, kami tidak berhenti berkhidmat.

Keberkesanan pencuci TOP menyingkirkan 99.9 peratus virus yang turut merangkumi virus COVID-19 dan Influenza A, adalah amat penting buat kami,” kata Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara, Amir Rudin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyeru orang ramai untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri dengan lebih kerap terutamanya jika sering beriteraksi dengan orang ramai secara fizikal.

Kami juga amat berbesar hati menerima sumbangan daripada Southern Lion dan TOP yang dilihat bertepatan pada masanya ini,” kata beliau.