SEJAK beberapa hari ini tular mengenai seorang lelaki yang mengutip sampah secara ‘sukarela’ di Lingkaran Saloma.

Selepas mengutip sampah, beliau akan kongsikan di laman media sosial untuk tatapan orang lain. Tujuannya adalah supaya siapa yang buang sampah merata-rata tempat itu akan terasa. Ibarat siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedasnya.

Pun begitur, ramai yang mungkin tidak tahu sebenarnya tukang kutip sampah secara sukarela ini merupakan Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Rudy Irwan Shukaime.

Tukang kutip sampah di Lintasan Saloma ini rupanya Pengarah Matic

Jelas lelaki berusia 41 tahun ini, dia telah berkhidmat selama dua tahun sebagai Pengarah Matic.

Iklan

“Tak perlu sebut jawatan pun tak apa. Saya buat kerana jawatan tetapi kerana tak sedap mata memandang. Kebersihan merupakan imej negara yang berkaitan juga dengan kesihatan.

“Jadi apabila saya berbasikal di Saloma Link, saya lihat sampah merata-rata. Terus buat saya terkilan dengan sikap segelintir pengunjung di kawasan tersebut yang mencemarkan kawasan tarikan ibu kota ini.

“Janganlah buang merata-rata, jagalah kebersihan,” pintanya.

Selain berjawatan sebagai Pengarah Matic, Rudy juga berkelulusan Master of Tourism, Hotel & Event Management, University of Queensland, Brisbane, Australia.

Tukang kutip sampah di Lintasan Saloma ini rupanya Pengarah Matic

Iklan

“Ketika saya belajar di luar negara, saya lihat negara mereka sangat bersih. Perkara ini yang perlu kita sama-sama amalkan iaitu sama-sama menjaga kebersihan.

“Ada yang komen, tong sampah tak ada. Dulu memang tak ada, tapi sekarang dah ada satu. Tapi untuk info, sebenarnya pun memang dah dimaklumkan tak boleh bawa makanan atau minuman. Jadi kalau dah terbawa tu, pandai-pandailah bawa balik, buang di tempat yang sepatutnya.

“Janganlah jadikan alasan untuk buang merata-rata,” tegasnya.

Rudy juga berharap agar selepas ini semua orang dapat bersama-sama menjaga kebersihan di mana-mana tempat sekali pun.