Ustaz Don Daniyal meriahkan majlis KinderHive Riang Raya dan Soft Launch 2024, sasar 50 pembukaan outlet di seluruh tanah air

KinderHive baru-baru ini mengadakan majlis “KinderHive Riang Raya & Soft Launch 2024” bagi pusat didikan awal kanak-kanak mereka yang pertama dalam suasana kemeriahan hari raya.

Lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, tenaga pendidik, badan berkuatkuasa, rakan strategik, dan komuniti setempat hadir dalam majlis tersebut.

Program berlangsung meriah itu dilancarkan oleh YBhg. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang merupakan Pengasas Bersama / Penasihat Akademik Islam bersama-sama Prof. Dr. Mahani binti Razali, Penasihat Akademik selain Pn. Norsham Bidin dan En. Khairul Nazri  Mohd Ali selaku Pengasas KinderHIve.

Iklan
Iklan

“Detik ini sangat penting kerana ia menjadi titik usaha kita dalam menyediakan persekitaran didikan awal kanak-kanak yang kondusif, pada masa yang sama interaktif dan menggabungkan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek pembelajaran serta perkembangan anak-anak, insya- ALLAH,” ujar Ustaz Don Daniyal.

Untuk rekod, pusat tersebut  telah memulakan operasi mereka sejak November 2023 dan mula membuka rangkaian outlet di 10 lokasi lokal berbeza di Elmina & Seksyen 19 Shah Alam, Jenjarom, Banting Baru, Antara Gapi Serendah, Kuang Rawang, Kota Damansara, Alam Sari Bangi, Port Dickson dan Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

“Objektif penubuhan KinderHive selain menerapkan pembelajaran secara holistik sesuai
dengan Model Pembelajaran HiVE yang dibangunkan oleh kedua pakar penasihat akademik
KinderHive.

“Kami juga ingin melahirkan anak-anak yang menekankan akhlak terpuji sesuai ciri-ciri Islamik dalam kehidupan harian mereka,” ucap Norsham.

Pada masa sama kata beliau, pusat berkenaan mensasarkan sejumlah 50 pembukaan outlet di seluruh tanah air menjelang akhir 2025 menerusi program khas mereka; “HiVEpreneur – Business Opportunity Preview” yang ditawarkan khusus kepada usahawan berpotensi.

“Program HiVEpreneur ini telah kami gerakkan sebagai satu langkah proaktif membuka peluang mengenalpasti usahawan bijak yang ingin mengusaha taska / tadika secara perlesenan “licensing” bersama KinderHive.

“Justeru, kami mengalu-alukan pengusaha untuk merebut peluang ini melalui promosi istimewa buat 30 outlet pertama untuk menjadi keluarga sulung KinderHive,” jelas Khairul Nazri.

Pelbagai program diatur sepanjang majlis berlangsung termasuk sesi lawatan outlet KinderHive Elmina Green, tayangan korporat video, sesi ramah mesra Ustaz Don serta persembahan anak-anak cilik KinderHive.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

4 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

7 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

7 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

8 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

13 hours ago