“Ustaz kami penat sangat ustaz"

“Ustaz kami penat sangat ustaz"
March 26, 2020
Oleh Meen

SEPERTI apa yang ramai sedia maklum, untuk mengurangkan jangkitan wabak Covid-19, salah satu usaha yang dilakukan pihak kerajaan adalah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang tempoh PKP, orang ramai dinasihatkan mengelak daripada melakukan akitiviti yang melibatkan bilangan orang yang ramai dan perlu duduk diam di rumah.

Pelbagai aktiviti dilakukan orang ramai untuk mengisi masa di rumah sejak PKP. Antara yang mencuri tumpuan warganet adalah aktiviti harian yang dilakukan oleh Penceramah dan Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew yang dilihat tampil bagi membantu meringankan beban petugas barisan hadapan negara.

Keprihatinan Ebit terhadap petugas hospital, barisan pertahanan negara dan mereka yang memerlukan, menjadi tular di laman sosial sehingga ramai menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan membantu kerja-kerja amal dilakukan.

“Ustaz kami penat sangat ustaz"

Menerusi perkongsian Ebit, baru-baru ini dia memuat naik video di laman sosial Instagram (IG) memberi sumbangan beberapa unit penghawa dingin mudah alih di Hospital Ampang dan Shah Alam.

Perasaan sebak menyelubungi Ebit apabila dia melihat petugas hospital menjalankan ujian saringan Covid-19.

Pendakwah bebas itu berkata, hanya doa dan bantuan keperluan asas seperti makanan yang dapat dihulurkan ketika negara berdepan wabak Covid-19 ketika ini.

Beliau menyatakan kekaguman melihat kesungguhan kakitangan perubatan di Hospital dan petugas-petugas barisan hadapan negara yang gigih menjalankan tanggungjawan tanpa mengira penat.

Iklan

Dalam perkongsian di Instagram, Ebit memuat naik satu status dengan caption:

“Ustaz kami penat sangat ustaz. Dah letih, takut, nak makan balik rumah pun risau tolong beri kata semangat dan nasihat untuk kami”

“Sebak dengar keluhan mereka. Saya nak keluar rumah pun takut walau nak pergi hantar aircond atau makan pada mereka.

Iklan

“Pesan saya dengan rasa sayang pada mereka, akak adik semua perjuangan jihad barisan hadapan sekali. Besar nilai seorang berjihad dijalannya,” tulis Ebit di Instagram miliknya.

“Ustaz kami penat sangat ustaz"

Sungguhpun Ebit mengakui takut keluar rumah, namun semangat petugas perubatan menyebabkan beliau berani tampil membantu mereka meskipun terdedah kepada ancaman wabak selain dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan seperti diumum kerajaan.

“Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya,” terang Ebit, kakitangan perubatan juga seperti orang lain risau akan ancaman wabak.

Walaupun wabak Covid-19 ini dikatakan belum ada penawarnya, kata Ebit 'ubat'nya ada pada petugas kesihatan termasuk orang ramai.

“Banyak hospital dan klinik kesihatan terlalu panas. Bayangkan sebulan begini. Ya Allah. Paling utama tiada face shield untuk lindungi wajah mereka.

“Doakan ada bahan untuk buat sendiri atau tempah di mana-mana. Face shield penting untuk frontline seperti mereka.

“Doakan ya. Ya Allah permudahlanlah. Jagakanlah mereka semua ya Allah. Selamatkan kami semua,” tulisnya.

About Meen

Biodata Penulis