SEKARANG ini lihatlah di mana-mana, ada saja orang yang membuang pelitup muka merata-rata. Sikap buruk ini sudah pun diketengahkan di banyak media akhir-akhir ini.

Pelitup muka dibuang dan bersepah terutama di tepi-tepi jalan, tandas awam, di tepi sungai dan laut, malah di tepi tong sampah sendiri tanpa rasa bersalah oleh segolongan tertentu.

Natijahnya ia memburukkan pemandangan, malah yang lebih dikhuatiri ia boleh mengundang penyakit pula.

Mujurlah dalam sikap memandang ringan tentang hal ini oleh sesetengah dalam kalangan kita, masih ada yang prihatin untuk membendung permasalahan akibat sikap membuang pelitup muka terpakai di merata-rata ini.

Itu yang tular tentang dua beradik ini yang mengambil inisiatif mengutip pelitup muka terpakai yang dibuang di merata-rata tempat bagi membersihkan kawasan terlibat.

Anda memang awesome, respect”

Jutaan terima kasih buat Vasugi Ramasamy dan adiknya Suriya Kuppusamy dari Taman Kesumba, Sg Bakap, Pulau Pinang.

Vasugi berkerja di Econsave Parit Buntar (sebagai Acc Clerk) dan adiknya belajar di ILP Nibong Tebal. Setiap hari mereka ulang-alik ke tempat kerja depa melihat topeng muka (Face Mask) bertaburan di merata tempat. So depa mengambil keputusan untuk mengutip topeng muka (Face Mask) yang bersepah di merata tempat (Sg Bakap Ke Parit Buntar).

Tujuan adalah untuk mengurangkan pelbagai jenis kuman, bakteria dan virus pada waktu pandemik #COVID19 .

So kawan-kawan tolong fikir sebelum membuang topeng muka (Face Mask) yang guna di merata tempat. Kita manalah nak tahu warga emas dan kanak-kanak kita sihat atau tidak sama ada mereka mencukupi antibiotik yg sepenuhnya? So merekalah orang pertama yang diserang oleh #COVID19 ini. Sekarang seluruh dunia diseksa oleh #COVID19 nie…..

Orang dewasa tidak dapat pergi ke kerja, kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah dll. Time macam ni kita kena jaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri. Pada masa yang sama jaga kebersihan dan kesihatan negara juga.

Itu tanggungjawab sama-sama. Di sini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (Face Mask) di merata tempat. Itu akan menambahkan risiko.”

Iklan

Begitu kongsi FB Tamizhar Media tentang inisiatif yang diambil oleh dua beradik ini.

Vasugi Ramasamy dan adiknya Suriya Kuppusamy bekerjasama mengutip pelitup muka dibuang merata-rata.

 

Kepentingan orang lain

Bagusnya mereka ini kan? Sehati sejiwa untuk kepentingan bersama orang lain.

Usaha dua beradik ini mendapat perhatian warganet dan tular sejak semalam hingga ke hari ini.

Iklan

Moga ramai lagi yang prihatin seperti Vasugi dan adiknya Suriya ini.

Apa yang lebih penting, kita jaga kita. Pesanlah kepada ahli keluarga dan juga rakan taulan kita supaya jagalah kebersihan persekitaran termasuklah tidak membuang pelitup muka ini di merata-rata.

Memang usaha ini kelihatan kecil, tapi apabila dikumpulan seperti dilakukan oleh dua beradik ini, lihatlah ‘hasilnya’! Itu baru hanya di tempat mereka.

Jika kesemua sampah pelitup muka saja digabungkan, bayangkanlah betapa banyaknya ia melata di muka bumi ini… -AG