[VIDEO] Guna kain terpakai buat pasu, kreativiti pemuda 24 tahun ini buat ramai 'speechless'

A
A
A

MASA yang lebih banyak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ramai tiba-tiba memiliki hobi baru.

Antara hobi paling popular dikongsikan di media sosial adalah seperti mencucuk tanam dan menghias rumah.

Sebelum PKP, rasanya kita memang tiada masa untuk menanam tumbuhan waima pokok bunga atau sayuran herba dek kekangan masa ulang alik daripada pejabat. Betul atau tidak?

pasu terpakai

Masakan tidak, pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang, suasana dah gelap dah.

Masa hujung minggu pula digunakan sepenuhnya untuk berehat atau beriadah bersama kawan atau keluarga tersayang.

Pun begitu, pandemik Covid-19 yang melanda negara sedikit sebanyak membuatkan ramai muhasabah diri dan akur dengan arahan untuk duduk di rumah, bahkan kerja pun dari rumah.

Penangan wabak korona virus itu juga membuatkan ramai yang hilang kerja dan terpaksa berfikir di luar kotak untuk menjana pendapatan baharu.

Antaranya seperti cerita pemuda yang tular di TikTok, @lie97_.

Usaha Mohamad Hazhlee Azid telah membuatkan ramai netizen teruja apabila beliau mencuba membuat pasu sendiri di rumah.

Lelaki itu menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat pasu daripada tuala atau kain terpakai.

@lie97_musim pkp kito buat pasu bunga la ##fypシ##fypage##fypシ゚viral##edit♬ bunyi asal - Fizi Omar

Dalam video dikongsikan menerima lebih 800,000 tontonan itu menunjukkan Mohamad Hazhlee yang berusia 24 tahun mencelup kain di dalam simen.

Kemudian, kain tersebut disidai dengan gaya kreativiti tersendiri sehingga terhasil sebuah pasu.

pasu terpakai

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selepas simen kering, pasu tersebut dicat mengikut warna pilihan dan pastinya rona putih lebih nampak menonjol.

Rata-rata netizen yang mengikuti video tersebut memuji kreativiti anak muda yang bijak menggunakan barang terpakai.

pasu terpakai

Tidak kedekut berkongsi ilmu, anak kelahiran Kelantan itu juga ada titipkan cara bagi mereka yang mahu membuat sendiri di rumah.

pasu terpakai

Video yang dikongsikan buat jiwa tenang.

pasu terpakai

Tidak kurang juga ada yang berseloroh kain keras jadi hantu takutkan orang.

pasu terpakai

Terdapat juga komen yang tidak sabar untuk melihat pasu siap ditanam pokok bunga.

pasu terpakai

Menarikkan? Siapa sangka, tuala atau kain lama yang dibuang boleh dikitar semula sebagai pasu?

Jimat duit kerana sudah tidak perlu membeli pasu baharu. Hanya guna barang yang ada saja sudah memadai.

Era pandemik ini memang memberi kesan kepada ramai, bahkan ada keluarga terjejas pendapatan gaji bulan-bulan.

Barangkali idea bernas ini boleh dijadikan panduan untuk menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup. #kitalaluibersama #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca