[VIDEO] Jual tisu RM20 satu malam, digelar pengemis, wanita kongsi pengorbanan ibu OKU penglihatan besarkan 3 anak

PENGORBANAN seorang ibu melahirkan tidak akan mampu dibalas. Walau apapun cabaran dan ranjau berliku ditempuhi jua demi membesarkan permata hati.

Seorang wanita dikenali sebagai Syamimi berkongsi di laman sosial TikTok tentang perjalanan yang ditempuhi.

Wanita berusia 25 tahun itu menceritakan bagaimana dia bersama dua adiknya dibesarkan ibu yang mengalami kelainan upaya penglihatan sejak kecil.

Bagi Syamimi, bukan mudah untuk dia menceritakan kisah hidupnya di media sosial.

“Keluarga saya tidak sempurna tetapi cukup luar biasa.

“Dibesarkan oleh ibu yang cacat penglihatan, bagi saya Umi adalah wanita yang cukup sempurna,” tuturnya.

Bekas pembantu setiausaha itu menceritakan kepayahan ditempuhi ratu hidupnya itu tatkala mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

“Dia berniaga tisu di waktu malam di kawasan Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

“Kadang-kadang ada wartawan yang mengambil gambarnya sesuka hati dan menggelarkannya sebagai pengemis ketika tahun 2000,” katanya yang masih menyimpan keratan akhbar berkenaan.

Syamimi juga ingat, ibunya pernah berkata, orang biasa (orang lain) yang tak tahu perjalanan hidup mereka, acapkali memandang ibunya dengan pandangan benci dan menyampah.

Malah mengambil gambar ibunya sesuka hati sehingga memberi gelaran pengemis walaupun mereka sedang berniaga tisu dan tidak mengganggu orang lain.

“Suatu hari nanti kita boleh jelaskan dan beritahu mereka kan Umi?”

Tidak betah membiarkan ibu bekerja seorang diri, Syamimi bercerita dia pernah mengikuti ibu menjual tisu tatkala cuti sekolah.

Biarpun pendapatan diperolehi tidak seberapa, ibunya tidak memaksa pelanggan membeli tisu yang dijual.

Baca juga Mulianya Hatimu Guru, Sanggup Cipta Alat Bolehkan Pelajar OKU Penglihatan Berlari

“ Saya pernah menemani Umi berniaga tisu ketika cuti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Ia sangat memilukan. Ramai yang melihat Umi dan mereka arahkan Umi untuk pergi.

“Cara Umi bekerja, dia tidak pernah paksa orang beli tisunya.

“Apa yang dikatakannya ialah “Encik, derma ikhlas.” Jadi ramai yang membayar 10 hingga 50 sen untuk satu (peket) tisu,” katanya.

Jika dihitung, ketika itu pendapatan yang diperolehi ibunya sangat kecil untuk mereka sekeluarga. Namun ibu istimewa itu tetap gigih tanpa berputus asa mencari rezeki. Susah payah ibunya hingga pernah diusir ketika berjualan menjadi penguat semangat.

Baca juga [VIDEO] “Mak, Adik Rindu…” Perkongsian Pemuda Undang Sebak, Balik Rumah Ibu Dah Tak Ada, Rupanya ‘Pindah’ Rumah Baru

“Umi terima RM20 satu malam setelah ditolak dengan tambang teksi, makan dan modal tisu untuk keesokan harinya.

“Saya senyum dan berdoa, hari demi hari. Bersama Umi saya mendapat keputusan semua A dalam PMR,” ujarnya.

Menurut Syamimi, kini wanita hebat itu sudah tiada lagi. Ibunya difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Oktober 2016 selepas tiga bulan menghidap kanser ovari tahap empat.

Dia sempat menjaga ibunya semasa sakit. Malah ibunya berpesan supaya tidak takut untuk datang lawat kuburnya.

“Saya pernah digelar skema, pendiam, perahsia, pelik dan tidak begitu cantik beberapa tahun lepas.

“Tetapi saya dilahirkan oleh seorang wanita yang berani dan kuat, yang juga telah melahirkan tiga anak perempuan yang cantik.

“Itu yang membuatkan saya istimewa,” katanya.

@syamimia_It is hard to live in with curious and self-assuming citizens on someone’s life. ##foryou ##fyp ##mylife♬ My Heart Will Go On – 吴奇 – 北京唯爱美艺文化传媒有限公司

Semoga kisah ketabahan dan pengalaman yang dikongsikan Syamimi menjadi pengajaran serta inspirasi  buat kita semua.

Sumber: TikTok Syamimia

Share
Azma ML

Recent Posts

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

2 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

3 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

5 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

7 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

7 hours ago

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

10 hours ago