MASIH kecil, tetapi fikiran sangat matang.

Itulah yang boleh penulis katakan selepas menonton video seorang kanak-kanak perempuan yang tular menerusi laman Tik Tok.

Rakaman yang dimuat naik oleh pemegang akaun @hezryhashim memperlihatkan kecekalan budak itu yang setia menjaga ibunya yang mengalami masalah penglihatan.

Situasi tersebut dirakam di sebuah bank ketika warga emas berkenaan berurusan di sebuah bank.

Ketika keluar dari institusi perbankan berkenaan, si kecil itu dilihat terus menggenggam erat tangan ibunya sambil berjalan.

Kemudian, seorang polis bantuan yang bertugas di situ turut membantu mengiringi ibu dan anak itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Nampaknya, walaupun usianya yang masih mentah bukan alasan untuk kanak-kanak comel tersebut menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

Memang kagum dan sebak dibuatnya!

Iklan
@hezryhashimsemoga dipermudahkan urusan anak kecik ni..♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan berbangga dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Terdapat juga yang meluahkan rasa simpati dengan si kecil itu selain ramai menzahirkan doa agar urusan mereka dipermudahkan.

Iklan

Semoga aksi kanak-kanak itu memberi pengajaran terbaik buat kita semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!