[VIDEO] Kanak-kanak 4 tahun menangis kegembiraan sambut kelahiran adik undang sebak warga maya

Kanak-kanak 4 tahun menangis kegembiraan sambut kelahiran adik undang sebak warga maya

BUAT pasangan yang sudah bernikah, sudah tentu mereka mengimpikan kehidupan rumah tangga dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata.

Namun, mak ayah perlu ingat satu perkara, kelahiran zuriat kedua mungkin menimbulkan rasa cemburu si anak sulung terhadap si adik.

Masakan tidak, setelah bertahun-tahun kehidupannya dengan ibu bapa, tiba-tiba ada ‘orang baharu’ muncul, sudah tentu keadaan itu membuatkan mereka terkejut.

Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak menunjukkan sikap sedemikian, ada juga yang hatinya lembut dan terbuka menerima kelahiran si adik.

Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tergamam dan mengalirkan air mata apabila melihat ibunya mendukung seorang bayi perempuan.

Baca juga: Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

Iklan
Iklan

Rakaman berdurasi lebih satu minit itu telah dimuat naik di laman sosial, TikTok oleh pengguna @HaziqDSubhi.

Rakaman itu memaparkan anaknya mengesat air mata dan mencium dahi bayi yang baru lahir itu.

Kredit foto: Rene Asmussen

Menurut Haziq, itulah detik awal pertemuan di antara abang dan adik.

Lebih tersentuh, apabila keletah adik itu memeluk ayahnya lalu mengucapkan terima kasih telah mengundang rasa bangga warga maya kerana menunjukkan sikap yang begitu penyayang.

Berikut antara luah-luahan warga maya yang dikongsi menerusi TikTok Haziq:

“Lembutnya hati dia, comel je.”

“Kepada kawan-kawan si abang dan bakal isteri, dia merupakan seorang yang berhati lembut dan bakal menjadi orang yang sangat baik. Dia pun nampak begitu tersentuh sebab ada adik.”

Kredit foto: freestocks.org

“Sekarang saya tengah mengandung anak kedua. Jarak dengan anak sulung 12 tahun. Semoga dia sayang adik dia macam ini.”

“Saya yakin dia akan jadi abang yang sangat baik.”

“Comelnya abang, semoga menjadi abang yang terbaik untuk adik ya.”

“ALLAH, bijaknya abang, bagus mak ayah didik anak.”

“Adik bertuah dapat abang macam ni. Saya menangis tengok reaksi dia.”

“Lembutnya hati si abang, semoga dia jaga adik sebaik mungkin.”

Kredit foto: Jessica West

Dalam pada itu, SinarPlus merujuk laman web Today’s Parent berkenaan tip-tip yang boleh ibu bapa amalkan sebagai panduan menjaga perasaan anak pertama untuk kelahiran bayi seterusnya, antaranya:

i) Suami perlu membantu isteri mengurus anak pertama
– Kelahiran anak kedua akan membuatkan si ibu sibuk mengurus si kecil dan terpaksa memberi perhatian yang lebih.
– Oleh yang demikian, untuk mengelakkan anak sulung berasa sunyi atau sedih, si ayah perlu meluangkan masa dengan bermain bersama mereka.

ii) Mengadakan sesi khas bersama anak
– Mak ayah perlu lakukan sesi itu bersama anak-anak sebelum dan selepas kelahiran anak kedua.
– Ia bertujuan untuk membuatkan anak berasa mereka masih mempunyai masa bersama ibu bapa walaupun ada adik beradik lain.

Kredit foto: Elina Fairytale

iii) Pastikan anak-anak ada rutin tidur yang tetap
– Ibu bapa tidak seharusnya mengubah waktu tidur anak-anak selepas kelahiran anak yang lain. Perkara itu akan membuatkan si kecil meragam.
– Sekiranya rutin tidur mereka ingin diubah, mak ayah disarankan untuk melakukan perubahan itu, lakukannya beberapa bulan sebelum kelahiran.

Memiliki anak yang ramai sememangnya menjadi impian semua pasangan, namun mak ayah tidak seharusnya mengabaikan perasaan anak-anak.

Sekiranya anda sudah merancang untuk memiliki anak seterusnya, pastikan zuriat sulung sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal tentang perubahan corak kehidupan masa akan datang.

Baca juga: [VIDEO] Anak minat lori sampah, ‘excited’ jumpa ‘driver’ siap bergambar

Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

54 mins ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

2 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

2 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

4 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

7 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

8 hours ago