[VIDEO] Pelik anak umur 3 tahun masih belum pandai panggil mama, tindakan ibu muda ini dapat perhatian warganet

APABILA usia anak sudahpun mencecah tiga tahun, namun belum mengungkapkan sepatah perkataan yang sangat penting iaitu mama, hal itu pasti membuatkan si ibu dan ayah bimbang.

Bukan itu sahaja, mungkin dilema itu akan membuatkan keluarga lebih tertekan apabila orang sekeliling mula bercakap atau lebih senang istilahnya, mengata.

Apa-apapun masalah sebegitu sememangnya memang sering terjadi dalam kalangan keluarga sejak dulu lagi termasuk dengan seorang ibu muda, Aifa yang meluahkan kemelut yang sama menerusi akaun TikToknya @aifaazlan92

Iklan
Iklan
.

Ujar Aifa, meskipun Umar Yusuf sudah pandai membaca dan mengeja, namun beliau seakan-akan terkilan kerana anak keduanya itu tidak petah bercakap lagi.

Pada masa sama, dirinya turut mengaku bahawa kesan daripada masalah mild depression yang pernah dilaluinya sebelum ini (ketika mengandung) telah mendatangkan efek kepada anak itu.

“Kalau beliau nak apa-apa, Umar Yusuf akan tarik tangan saya.

“Ada sesetengah perkataan sahaja yang boleh disebutnya seperti susu. Paling sedih, beliau masih tidak boleh panggil saya mama, tetapi saya yakin suatu hari nanti pasti Umar mampu mengungkapnya,” katanya.

Melihat situasi itu, Aifa berkata, beliau sanggup mengambil apa sahaja pendekatan bagi merawat Umar Yusuf yang lambat bertutur.

Walaupun tiada sebarang tanda autisme, wanita itu tetap nekad membawa anakya melakukan sesi terapi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ahli terapi ada memaklumkan situasi itu mungkin terjadi akibat faktor kekeliruan bahasa sekali gus menyebabkan Umar sukar bercakap

“Tolong doakan anak saya bebas dari autisme, gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) dan boleh bercakap lancar selepas ini,” tambahnya.

@aifaazlan92Therapist cakap jangan malu bawak anak datang hospital. Biar orang nak cakap apa pun janji kita sebagai parent datang dapatkan rawatan awal untuk anak❤️♬ suara asli – wpt

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik langkah yang diambil oleh Aifa.

Bukan itu sahaja, mereka turut berkongsi pengalaman mengendalikan anak yang lambat bercakap.

Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan agar Umar Yusuf dapat bertutur dengan baik selepas ini.

Jadi, buat ibu bapa di luar sana yang mungkin berhadapan keadaan yang sama, segeralah bawa si kecil anda untuk pemeriksaan awal.

Baca juga: ‘Kreatif, terbaik!’ sekali lagi karya potret pakai rubik pukau warganet

Ingat, semakin lambat ibu bapa bertindak, masalah lambat bercakap mungkin boleh berpanjangan.

Semoga bermanfaat!

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

7 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago