[VIDEO] Uniknya tempe Jalur Gemilang, pramugari zahir cinta negara, paling mencabar acuan bintang 14 bucu
SETIAP daripada kita mempunyai cara tersendiri menzahirkan rasa cinta kepada negara terutama pada sambutan ulang tahun kemerdekaan.
Berbicara mengenai patriotisme, ada yang menyatakan dedikasi dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan dan kesetiaan kepada negara.
Tidak kurang juga yang menghasilkan dan menggubah makanan bertemakan bendera kebanggaan negara itu.
Mungkin korang tidak pernah melihat tempe yang digubah membentuk Jalur Gemilang. Ia unik dan kreatif sekali!
Seorang pramugari, Syafiqah Ilyana Ilias, 28, memilih menghasilkan makanan berasaskan kekacang dalam bentuk bendera kebanggaan Malaysia.
Dua episod video pembikinan tempe tersebut menjadi tular di laman sosial TikTok hingga meraih ratusan ribu tontonan dan puluhan ribu tanda suka.
Katanya, idea diperolehi apabila beliau mempunyai banyak masa di rumah. Selepas menonton video proses pembuatan tempe, beliau terdorong untuk menghasilkannya sendiri.
“Melihat di laman sosial ramai yang menunjukkan kreativiti masing-masing untuk menyambut hari kemerdekaan.
“Dari situ saya terfikir apa salahnya membuat sesuatu yang di ‘luar kotak. Lama juga saya berfikir kemampuan diri, boleh atau tidak. Sebab bukan senang,” katanya yang bertugas dengan Malindo Air.
Menurut Syafiqah, beliau mengambil masa empat hari untuk siapkan tempe unik itu.
Manakala proses yang paling mencabar ialah membuat acuan untuk bulan dan bintang 14 bucu.
Untuk mendapatkan warna putih, merah, biru dan kuning, Syafiqah merendamkan kacang yang digunakan di dalam pewarna makanan selama sehari.
“Saya menggunakan kacang soya untuk warna biru, kacang dal untuk warna kuning, mi segera untuk jalur merah dan nasi untuk jalur putih,” katanya ketika dihubungi SinarPlus.
Baca juga [VIDEO] Aksi Berani Pramugari Berdiri Di Puncak Burj Khalifa 2,722 Kaki Raih Perhatian Warga Maya
Mengakui menghasilkan tempe adalah hobi, Syafiqah berkata tempe Jalur Gemilang tersebut ialah yang paling besar dihasilkannya setakat ini.
Bahkan katanya lagi, tempe tersebut adalah yang paling sukar prosesnya. Malah pembikinannya memakan masa paling lama.
Pun begitu, beliau bersyukur hanya dengan sekali mencuba, tempe Jalur Gemilang menjadi.
Baca juga Pramugari Cantik Angkat Sawit, Ramai Yang Cair Hati, Sanggup Beri Mas Kahwin RM50, 000
“Walaupun ia tidak seperti sempurna seperti yang saya harapkan, ia adalah hasil seni dan saya bangga dengannya.
“Sambutan perayaan hari kemerdekaan pada situasi pandemik tidak memungkinkan kita untuk menyaksikan perarakan dan pertunjukan bunga api.
“Sekurang-kurangnya korang boleh menyaksikan penghasilan tempe Jalur Gemilang,” kata Syafiqah.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dalam tinjauan SinarPlus di laman sosial, warga maya begitu kreatif menghasilkan pelbagai jenis juadah dan digubah membentuk Jalur Gemilang. Antaranya ialah roti jala, kek dan aiskrim.
View this post on Instagram
ANEKDOT MENGENAI JALUR GEMILANG
1-Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur.
2-Majlis tersebut dihadiri Sultan Selangor, Menteri Besar bagi negeri Perak, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.
3-Bendera Persekutuan Tanah Melayi telah dinaikkan oleh Sir Henry Gurney iaiti Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu
4-Ia dicipta oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Encik Mohamed Bin Hamzah.
Trivia Hari Kebangsaan 2018
Sejarah Jalur Gemilang, Bendera Negara Malaysia yang berdaulat#SayangiMalaysiaku#KibarJalurGemilangpic.twitter.com/DSCToBpas6
— Jab. Perdana Menteri (@jpmgov_) ?ref_src=twsrc%5Etfw">August 20, 2018
Sumber: @syafiqahliyanailias, Jabatan Perdana Menteri, Facebook Masak Apa Hari Ni
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang