[VIDEO]Ayah terjumpa anak tengah kerja ‘drive-thru’ bikin ramai jurai air mata

BERPISAH atau berjauhan dengan insan tercinta sangat perit lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri.

Sudah pasti perasaan rindu itu akan membuak-buak di dalam dada sehinggalah kita dapat bertemu dengan insan tersebut.

Iklan
Iklan

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia.

Kasih sayang seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Begitu juga dengan perkongsian di laman Tiktok @beduk_52 ini apabila seorang bapa terpaksa berjauhan dengan anaknya sendiri sudah lebih 3 tahun.

Sebak dibuatnya apabila si bapa berkongsikan video pertemuan yang tidak disangka dengan anak perempuan tersayang ketika membeli makanan secara pandu lalu.

Baca juga Tiada yang mustahil, wanita kerdil lahir bayi sulung seberat 2.35 kg

Ujarnya, kali terkahir berjumpa dengan gadis tersebut tiga tahun yang lalu.

“Last jumpa hujung tahun 2018… call susah dapat, wassap pon kadang 1 tick.. hanya doa je mampu kirimkan tiap hari mohon ALLAH lindungi dia,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Apa yang amat menyedihkan apabila gadis tersebut meluahkan rasa rindu kepada ayahnya serta terus menangis sebak.

Ternyata pertemuan tidak dijangka tersebut membuatkan ramai sayu dan mengalirkan air mata sekali gus ada yang teringatkan bapa di kampung mahupun yang telah meninggal dunia.

Ujar mereka;

“Berjurai air mata saya tengok kasih sayang anak dan bapa ni… Moga bahagia selalu. Saya rindu nak dengar arwah abah saya panggil saya ‘kakak’.”

“Banyak kali saya ulang tengok, tak perasaan mata masuk habuk, semoga ALLAH permudahkan segala urusan anak dan ayahnya.”

Baca juga [VIDEO] Menggerunkan, seperti di luar negara, 5 fakta kejadian puting beliung membadai Ipoh

“Berjurai air mata saya ya ALLAH… rindu seorang anak kat ayah dia.”

“Sedih bang… ALLAH pertemukan anak abang ada hikmahnya… harta dunia akhirat tu.”

“Nanti jumpa luang masa bang dengan ank tu. Ada banyak nak diluahkan sebenarnya. Jangan menjauh walaupun dijauhkan. Semoga dipermudahkan setiap urusan kita.”

@beduk_52Speechless 😭♬ bunyi asal – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟
Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

2 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

3 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

3 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

5 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

8 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

9 hours ago