LUNAK sungguh suaranya. Wanita cantik dengan senyuman manis ini menjadi perhatian warganet apabila suaranya cukup perfect ketika membuat voice over bersama hos terkemuka Indonesia, Bimo Kusumo.

Siapa tidak kenal Bimo yang lebih dikenali di pentas Instagram dengan nama bimoky yang turut bersuara lunak merdu selain aktif menganjurkan program seperti ‘Bagaimana menghasilkan wang dengan suara’ itu.

Namun tumpuan lebih kepada pemilik suara merdu yang memiliki akaun Instagram dengan nama puteri.saud itu sekali gus membuatkan ramai rindu nak travel dan menaiki kapal terbang.

Wanita warganegara Indonesia itu secara spontan menyampaikan penerangan aspek keselamatan secara voice over untuk penerbangan pesawat Garuda Indonesia.

vo

Apa yang menarik, suaranya versi Bahasa Inggeris cukup membuatkan warganet menonton video berdurasi 57 saat itu berulang kali dan menerima hampir 700,000 tontonan.

Bukan itu sahaja, banyak juga video voice over yang dikongsikan kepada warganet. Terbaru juga berkaitan aspek keselamatan pandemik wabak Covid-19 bersama figura yang sama.

Artikel berkaitan: Ratu cantik turun padang bantu kempen membaca sambil beramal

Video pendek berdurasi 46 saat itu menerima lebih 130,000 tontonan dalam tempoh dua hari sahaja.

Menurut perkongsian terbaharunya itu, video ini bukan hanya ‘kandungan lain’ tetapi juga bentuk sokongan dan penghargaan (daripada Bimo dan saya).

vo

Pesanan khas untuk jururawat, doktor dan semua pekerja kesihatan yang mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk memenangkan pertempuran ini.

“Dan juga untuk pemerintah dan semua orang yang bekerja tanpa lelah setiap hari untuk memastikan bahawa negara ini tidak hancur.

Iklan

“Apa sahaja yang anda lalui, saya tahu itu tidak mudah. Semua yang berlaku sekarang belum pernah terjadi sebelumnya dan saya rasa sangat penting bagi kita untuk menyokong dan bersikap baik antara satu sama lain kerana bersikap baik tidak memerlukan wang,” tulisnya.

vo

Kongsinya lagi, wanita yang memiliki lebih 62,000 pengikut itu turut berharap wabak Covid-19 akan cepat berakhir agar semuanya kembali normal.

“Saya hanya berharap wabak ini akan segera berakhir. Tetap selamat, kekal sihat,” katanya yang aktif membuat pesanan khidmat masyarakat (PSA) secara voice over.

Iklan