Wahid Senario rayu orang ramai bantu Pak Lah Cecupak yang kini derita kanser usus tahap empat

SIAPA yang masih kenal dengan pelawak veteran, Pak Lah Cecupak? Pemilik nama sebenar Nor Affendi Nurdin, 53, itu kini dilaporkan menghidap barah usus tahap empat.

SinarPlus difahamkan, Pak Lah disahkan menderita penyakit kronik itu sejak Julai lalu dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pergerakan yang terbatas ditambah dengan masalah kesihatan membuatkan Pak Lah terpaksa ‘berkampung’ di hospital dan tidak dapat bekerja lagi.

Sebelum sakit, Pak Lah difahamkan bekerja sebagai pencipta lagu di Kampung Karyawan Koloni Amanjaya, People Of Remarkable Talents (PORT) di Ipoh, Perak.

Iklan
Iklan

Keadaan Pak Lah yang kurang memberangsangkan itu turut dikongsikan oleh rakan seperjuangannya, Wahid Senario dalam akaun Instagramnya, @wahid_official75.

Wahid yang bersimpati dengan sahabatnya itu memuat naik video memohon sumbangan orang ramai untuk menyalurkan dana bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung Pak Lah.

“Minta maaf menganggu semua ye..tak paksa ye, tapi minta tolong jugalahkan. Insya-ALLAH kalau kita tolong orang, ALLAH akan bantu kita balik,” katanya menerusi Instagramnya.

Dalam perkongsian video pendek berdurasi 52 saat, pelawak itu juga meminta tolong orang ramai untuk membantu sahabatnya walaupun dengan nilai RM2 untuk ringankan beban.

Beliau turut kongsikan nombor akaun bank anak Pak Lah untuk memudahkan urusan sumbangan memandangkan lelaki itu kini hanya bergantung kepada ihsan dua anak yang bekerja.

Melihat usaha Wahid, Pak Lah telah membalas post tersebut melalui akaun miliknya, paklah_cecupak.

Beliau berterima kasih dengan bantuan yang dihulurkan dan mendoakan Wahid diberkati dan dilimpahi rezeki.

“Terima kasih Wahid, semoga Allah permudahkan segala urusan, sentiasa sihat, ceria diberkati dan dilimpahi rezeki. Amin.”

Pada masa sama, pelakon Shiela Mambo juga turut berkongsikan kisah sama mengenai Pak Lah dan turut memohon bantuan untuknya di akaun Facebook.

Perkongsian menyentuh perasaan itu membuatkan ramai warganet memberikan reaksi positif dan masing-masing cuba membantu dengan menularkan post tersebut selain mendoakan keadaan Pak Lah bertambah baik.

“InsyaAllah…mohon saya share posting abang wahid ke ig story saya ye..terima kasih.” – muzanamohamed

“Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamin..” – tehaisbussku

“Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan pak lah cecupak dan urusan tuan Wahid…” elmi_ikhwan

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

9 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago